Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Sheik Farhan "teruja, terkejut" disenarai sebagai Asia 'Forbes 30 Under 30'

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



NAMANYA memang tidak asing lagi dalam persada sukan setempat.



Sheik Farhan Sheik Alauddin malah juga telah mengharumkan nama negara dengan prestasi beliau di gelanggang antarabangsa setelah dinobat sebagai juara silat dunia sebanyak tiga kali.



Kecemerlangan tersebut turut menyaksikan beliau meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan sejak beberapa tahun yang lalu seperti Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian pada 2016.



Pada Disember lalu, Farhan juga ditampilkan dalam senarai 30 belia Singapura berusia 30 tahun ke bawah yang berpotensi tinggi, 'Young Singaporeans to Watch' di dalam akhbar The Straits Times.



Pengiktirafan untuk dirinya tidak terhad hanya dalam negara.



Namanya terus meningkat naik dan baru-baru ini beliau disenaraikan dalam senarai belia cemerlang Asia, 'Forbes 30 Under 30', yang dikumpulkan majalah bisnes terbilang sedunia itu.



Menerima berita tersebut, Farhan pada awalnya menyangka ia merupakan satu kesilapan selepas mendapat mesej dari seorang wartawan.



"Saya terkejut kerana saya sangka ia hanya merupakan susulan terhadap penyertaan saya dalam senarai '30 under 30' akhbar The Straits Times



"Selepas itu, saya pun mula 'Google' nama saya dan sejujurnya terkejut terlihat nama saya di laman Forbes.



"Tapi tentunya, saya gembira dan teruja mendapat pengiktirafan sedemikian," jelas Farhan, 27 tahun.



Berita tersebut turut disambut gembira oleh ramai yang mengenalinya, termasuk keluarganya sendiri.



Anak keempat bekas juara dunia, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata:



"Ada di antara mereka yang mengucapkan tahniah kepada saya dan bapa saya juga telah mengongsi berita tersebut di dalam WhatsApp."



Senarai Forbes itu terdiri daripada 10 kategori dengan Farhan disenaraikan sebagai antara 30 nama dalam kategori hiburan dan sukan.



Senarai Asia mengiktiraf usahawan, saintis, aktivis dan pemimpin muda di bawah 30 tahun di benua ini.



Dalam catatan di laman Forbes, Farhan diiktiraf sebagai anak muda cemerlang yang sudah tiga kali dinobatkan sebagai juara silat dunia.



Beliau juga pernah memenangi pingat emas di Kejuaraan Asia 2019 di China.



Farhan adalah pesilat pertama yang disenaraikan dalam senarai Asia 'Forbes 30 under 30' yang mula diketengahkan pada 2016.



Beliau berada dalam senarai seiringan dengan olahragawan lain seperti pemandu Thai-Britain Alex Albon yang baru-baru ini berlumba dalam Formula Satu bersama Toro Rosso dan Red Bull - serta pemain tenis meja wanita terhebat Chen Meng dari China.



Dengan pengiktirafan tersebut, Farhan yang sedang giat membuat persiapan bagi temasya Sukan SEA Ke-31 yang dijadual berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember, berharap ia dapat membantu menaikkan lagi kedudukan silat di antara penggiat sukan sedunia.



"Saya merasakan pengiktirafan ini lebih buat sukan silat bukan buat saya. Saya hanyalah wajah di sebalik seni silat," jelasnya dengan rendah hati.




"Saya terkejut kerana saya sangka ia hanya merupakan susulan terhadap penyertaan saya dalam senarai '30 under 30' akhbar The Straits Times. Selepas itu, saya pun mula 'Google' nama saya dan sejujurnya terkejut terlihat nama saya di laman Forbes. Tapi tentunya, saya gembira dan teruja mendapat pengiktirafan sedemikian... Saya merasakan pengiktirafan ini lebih buat sukan silat bukan buat saya. Saya hanyalah wajah di sebalik seni silat."
- Sheik Farhan Sheik Alauddin mengenai beliau dalam senarai Asia 'Forbes 30 Under 30'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >