FORMULA SATU

SIA akan terus tampilkan 'Singapore Girl'

MESKIPUN amalan menampilkan wanita seksi atau 'grid girls' yang menemani pemandu sebelum mula perlumbaan telah dimansuhkan sukan Formula Satu (F1), namun 'Singapore Girl' iaitu pramugari Singapore Airlines (SIA) masih tetap akan membuat penampilan mereka di litar Marina Bay Street hujung minggu ini, lapor akhbar The Straits Times semalam.

SIA kelmarin mengesahkan kakitangan kabinnya yang berseragam sarong kebaya ikonik akan tampil di Grand Prix Singapura, yang berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata dalam satu kenyataan:

"Kru kabin kami adalah duta jenama bagi Singapore Airlines dan akan terus memainkan peranan penting dalam Grand Prix Singapura F1 2018 yang bakal berlangsung."

Pada Februari lalu, pemilik F1 mengambil keputusan memansuhkan amalan menampilkan 'grid girls' sebelum berlangsungnya perlumbaan dan penampilan mereka tidak mendatang manfaat untuk imej moden sukan itu.

Ia juga berkata "tradisi ini tidak melambangkan nilai jenama kami dan bercanggah dengan norma masyarakat kehidupan moden dan amalan itu tidak lagi sesuai atau relevan dengan F1 dan peminat sukan ini, tua atau muda, di serata dunia".

Tempat 'grid girls' akan diganti dengan kanak-kanak dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata menggunakan 'Grid Kids' akan menjadikan upacara sebelum perlumbaan sebagai lebih relevan bagi peminat sukan itu.

Profesor Madya Sharon Ng dari bahagian pemasaran dan perniagaan antarabangsa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) percaya penggunaan 'Singapore Girl' oleh SIA akan membantu membezakan kakitangannya daripada gadis tradisional 'grid girls' sukan itu, yang biasanya berpakaian terlalu mendedahkan.

"Singapore Girl secara tradisinya telah digunakan untuk melambangkan perkhidmatan dan keramahan SIA yang baik. Jadi, menggunakan SIA Singpore Girl melambangkan keramahan Singapura," kata beliau.

Namun apa yang masih tidak dapat dipastikan adalah sama ada Singapura melanggar impian Liberty Media untuk menjadikan sukan ini lebih baik.

Walau apa jua perdebatan yang berlaku mengenai penggunaan 'Singapore Girl', perlumbaan tahun ini, yang kini berada dalam edisi ke-11, dijangka lebih mendebarkan.

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, akan tiba di sini sebagai pendahulu Kejohanan Pemandu Dunia dengan 256 mata, dan diekori rapat oleh pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dengan 226 mata.

Kededua pemandu, yang masing-masing mempunyai empat gelaran dunia, akan meneruskan persaingan mereka di sekitar litar Marina Bay sepanjang 5.065 kilometer dan sebanyak 61 pusingan.


KEDUDUKAN PEMANDU

1. Lewis Hamilton
256 mata

2. Sebastian Vettel
226 mata

3. Kimi Raikkonen
164 mata

4. Valtteri Bottas
159 mata

5. Max Verstappen
130 mata

6. Daniel Ricciardo
118mata

7. Nico Hülkenberg
52 mata

8. Kevin Magnussen
49 mata

9. Sergio Pérez
46 mata

10. Esteban Ocon
45 mata

11. Fernando Alonso
44 mata

12. Carlos Sainz Jr.
34 mata

13. Pierre Gasly
28 mata

14. Romain Grosjean
27 mata

15. Charles Leclerc
13 mata

16. Stoffel Vandoorne
8 mata

17. Lance Stroll
6 mata

18. Marcus Ericsson
6 mata

19. Brendon Hartley
2 mata

20. Sergey Sirotkin
1 mata

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.