Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SIA lanjutkan tajaan F1 Singapore Grand Prix hingga 2021

Sep 19, 2019 | 07:27 PM



 





SINGAPORE Airlines (SIA) telah mengumumkan pada Khamis (19 September) bahawa ia akan melanjutkan tajaan acara, Formula One Singapore Grand Prix sehingga 2021.



SIA merupakan penaja pertama perlumbaan malam itu pada 2014 dan semenjak itu telah mempebaharui perjanjian setiap dua tahun.



Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong berkata: “Formula 1 Singapore Airlines Grand Prix adalah acara besar di kalendar sukan Singapura, ia menarik ramai orang yang menyaksikan perlumbaan malam dan acara hiburan yang menyeronokkan .



“Kami berbesar hati dapat menyambung tajaan gelaran ini, dan membantumeningkatkan sukan dan perlancongan demi kebaikan warga Singapura dan pengunjung.”



Perlumbaan tahun ini akan berlangsung di Litar Marina Bay dari 20 hingga 22 September.



Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Encik Chase Carey menambah: “Kami berterima kasih Singapore Airlines akan menyambung tajaan untuk Singapore Grand Prix hingga 2021.



“Singapore Airlines bekerja rapat dengan Formula 1 di Litar Marina Bay semenjak 2014 dan pada masa itu, kami melihat perlumbaan menakjubkan di bawah cahaya litar yang hebat.



“Sebagai salah satu acara utama pada kalendar perlumbaan, yang disukai oleh peminat dan pemandu, ia amat sesuai bagi kami bekerja sama dengan syarikat penerbangan nasional Singapura. Kami tidak sabar menantikan perlumbaan tahun ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >