Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Siapa lebih hebat, pelajar atau guru?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Siapa lebih hebat, pelajar atau guru?

Kesebelasan ‘simpanan’ Chelsea tetap bermutu, mampu bersaing dengan Liverpool
Apr 27, 2014 | 06:00 AM

JOSE MOURINHO mempunyai hubungan rumit dengan Liverpool.

Rekod Mourinho dan Chelsea apabila bertemu Liverpool menjadi punca cemburu dalam kalangan pengurus Liga Perdana England yang lain.

Dalam lapan perlawanan liga setakat ini, Chelsea telah menundukkan Liverpool enam kali dan hanya tewas sekali. Sebaliknya, Liverpool juga adalah antara sumber kenangan paling pahit Mourinho dan Chelsea.

Sehingga masa ini, Mourinho masih merungut tentang ‘gol hantu’ yang dijaringkan Luis Garcia dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2005.

Gol pelik itu menguburkan harapan Chelsea mara ke final tetapi menyemarakkan semangat Liverpool yang akhirnya menjadi juara pertandingan itu.

Tetapi Mourinho yang menggelar dirinya ‘Yang Istimewa’ ini penuh dengan helah dan bijak bermain dengan kata-kata.

Awal minggu ini, beliau merancang merehatkan kesebelasan utamanya dan menurunkan pemain simpanan apabila menentang Liverpool malam nanti.

Namun, kata-katanya ini tidak boleh dipercayai. Tidak mungkin beliau dan Chelsea mahu mengaku kalah di saat segenting ini.

Benar, Chelsea dijadual bertemu Atletico Madrid dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dinihari Rabu nanti dan berhasrat menurunkan kesebelasan utama yang lebih segar untuk perlawanan itu.

Tetapi ini tidak bermakna ia akan melepaskan mahkota Liga Perdana begitu sahaja.

Sebaliknya, ia bolah disifatkan sebagai strategi bijak seorang pengurus yang ingin mencungkil persembahan terbaik daripada pemain-pemainnya apabila bertandang ke Anfield.

Dan pemain-pemain simpanannya, yang terdiri daripada pemain antarabangsa berpengalaman seperti Frank Lampard, Mohamed Salah dan Andre Schurrle bukan calang-calang orang.

Sebab itulah, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, akan mendekati perlawanan ini dengan penuh hati-hati.

Malah, Rodgers telah beberapa kali menggesa pemainnya supaya terus bekerja keras mengecap kemenangan.

Pertaruhan perlawanan ini besar untuk kelab Merseyside itu.

Rodgers tahu kemenangan ke atas Chelsea malam ini akan melenyapkan harapan Chelsea menjuarai liga. Malah, jika Crystal Palace mencatatkan keputusan mengejut dan menundukkan Manchester City, kejuaraan liga pertama Liverpool dalam 24 tahun hampir dalam tangan.

Sebaliknya, Rodgers sedar kekalahan akan membuka luas persaingan antara Chelsea, City dan Liverpool.

Beliau juga tahu isi hati Mourinho dan kegemarannya bermain permainan minda.

Dalam 2004, Rodgers, yang menyandang jawatan jurulatih pasukan belia di Reading pada ketika itu memohon dan diterima menyertai Mourinho sebagai jurulatih di Chelsea.

Dalam wawancara sebelum ini, Rodgers menyifatkan pengalaman tiga tahun di bawah Mourinho sebagai pendidikan di Universiti Harvard, di bawah telunjuk profesor bertaraf bintang.

Rodgers tahu Mourinho tidak akan menyerah kalah begitu sahaja. Pastinya tidak kepada Liverpool malam ini. Dan ego Mourinho tidak akan membenarkan beliau tunduk kepada ‘pelajarnya’, Rodgers.

Sementara itu, Rodgers pasti tidak sabar melenyapkan ‘bayang- bayang’ Mourinho sebagai pembimbingnya.

Dan malam ini adalah waktu terbaik untuk Rodgers membuktikan bahawa si ‘mahasiswa’ dah mampu mendidik ‘profesor’.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3