Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Siapa dipecat dalam Liga Perdana England musim ini?

Apr 03, 2023 | 12:00 PM

LONDON: Pemecatan Brendan Rodgers dan Graham Potter masing-masing oleh Leicester City dan Chelsea pada Ahad bermakna musim ini telah mencatat rekod baru bagi jumlah pemecatan dalam Liga Perdana England.

Jumlah yang mengejutkan itu kini telah mencecah 12 pemecatan dalam semusim, dengan jumlah tertinggi sebelum ini adalah 10 yang berlaku dalam empat musim berasingan.

Berikut adalah senarai pengurus Liga Perdana yang kehilangan pekerjaan musim ini:

30 Ogos - Scott Parker (Bournemouth) dipecat sejurus selepas dibelasah teruk 0-9 oleh Liverpool.

7 September - Thomas Tuchel (Chelsea) dipecat sehari selepas kekalahan 0-1 kepada Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara.

2 Oktober - Bruno Lage (Wolverhampton Wanderers) hilang pekerjaannya dengan kelab itu menduduki tangga ke-18 liga.

20 Oktober - Steven Gerrard (Aston Villa) dipecat sejurus selepas tewas 0-3 kepada Fulham.

7 November - Ralph Hasenhuettl (Southampton) dipecat setelah prestasi enam kekalahan dalam sembilan perlawanan.

23 Januari - Frank Lampard (Everton) meninggalkan Goodison Park dengan kelab itu berada dalam zon penyingkiran.

6 Februari - Warga Amerika Syarikat Jesse Marsch (Leeds United) hanya bertahan setahun di Elland Road sebelum dipecat.

12 Februari - Nathan Jones (Southampton) dipecat berikutan satu kemenangan dalam tempoh tiga bulannya selepas menggantikan Hasenhuettl.

17 Mac - Patrick Vieira (Crystal Palace) hilang jawatannya selepas 12 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana.

26 Mac - Antonio Conte (Tottenham Hotspur) dipecat selepas kritikan terbukanya terhadap skuad dan kelab walaupun Spurs kekal menghuni tangga keempat.

2 April - Brendan Rodgers (Leicester City) dipecat sehari selepas pasukannya jatuh ke dalam zon penyingkiran.

2 April - Tempoh pemerintahan Graham Potter (Chelsea) yang singkat tamat dengan pasukannya turun ke tangga ke-11. - REUTERS

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3