ACARA menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara dua kelab gergasi England - Liverpool dan Manchester United - Sabtu ini akan diadakan di Central Plaza, Our Tampines Hub.
Ketika dihubungi semalam, jurucakap Our Tampines Hub berkata acara itu diadakan adalah kerana ramai pengikut dua pasukan tersebut ingin mengikuti perlawanan antara pasukan kegemaran mereka itu, yang biasanya penuh aksi mendebarkan.