SUKAN seni mempertahan diri Melayu silat berjaya buat julung-julung kali menembusi Korea Selatan dengan negara itu dijadual menganjurkan pertandingan antarabangsanya yang pertama hari ini.
Seoul menubuhkan Persekutuan Pencak Silat Korea Selatan (SKPSF) pada 2014 dan sukan itu semakin popular dengan silat diamalkan di hampir kesemua wilayah negara itu.