Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Silat S'pura tutup tirai kejohanan dunia dengan 7 emas

Dec 16, 2018 | 10:09 PM



EMPAT lagi emas berjaya dipungut pasukan silat Singapura di kategori tanding Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18 hari ini (16 Disember).




Pingat emas itu disumbang oleh pasangan adik beradik Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dan Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin, Nurul Suhaila Mohd Saiful serta Muhammad Hazim Mohd Yusli di hari terakhir kejohanan dunia yang diadakan di OCBC Arena, Hab Sukan Singapura sejak Khamis lalu.




Dengan kemenangan itu, Singapura kini telah mencatat tujuh emas, menjangkaui sasaran merangkul enam emas dari kejohanan ini.




Tiga emas pertama negara telah dimenangi pesilat kategori seni, Muhammad Iqbal Abdul Rahman (seni tunggal putera), Nurzuhairah Mohd Yazid (seni tunggal puteri) dan gandingan  Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin (seni ganda puteri) pada hari pertama.




Jumlah emas itu sekali gus memecahkan rekod terbaik sebanyak empat emas yang dicatat pasukan silat Singapura pada 2004 yang turut dianjurkan mereka ketika itu.




Menunjukkan persembahan yang mantap di gelanggang mengatasi pesaingnya dari Kelas J (90-95kg), pesilat dari Vietnam, Pham Khac Truong, Sheik Farhan mencipta sejarah menjadi pesilat Singapura pertama mendapat gelaran juara dunia sebanyak tiga kali berturut-turut.




Mengikut jejak langkah cemerlang keluarga dalam menjadi juara dunia, Sheik Ferdous berjaya mengatasi cabaran pesilat Vietnam, Nguyen Van Tri dalam aksi Kelas I (85-90kg) untuk merangkul gelaran itu buat kali pertama.




Selepas gagal sebanyak tiga kali di peringkat kejohanan dunia sebelum ini, Nurul Suhaila membuktikan kecekalannya untuk merebut gelaran juara dunia akhirnya berhasil.




Selepas mengatasi pencabar utama dan bekas juara dunia dari Indonesia, Selly Andriani semalam, srikandi negara, Nurul Suhaila sekali lagi beraksi cemerlang dengan menewaskan Janejira Wankrue dari Thailand dalam pertarungan Kelas D (60-65kg).




Sementara itu, pesilat muda yang mewakili Singapura buat pertama kali di kejohanan ini, Muhammad Hazim, mengakhiri perjuangan pasukan silat negara di kejohanan dunia ini dengan merangkul emas ketujuh Singapura.




Beliau menewaskan pencabarnya dari Malaysia, Mohd Faizul Nasir dalam Kelas B (50-55kg).




Empat pingat perak turut menjadi milik Singapura dalam kategori tanding. Ia disumbangkan oleh Abdul Raaziq Abdul Rashid, Muhammad Syakir Jeffery, Nur Syaza Insyirah Md Roslan dan Nor Shahidah Abas.




Dengan berakhirnya kejohanan itu, Singapura berjaya memungut 20 pingat secara keseluruhan - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa - daripada 24 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini, sekali gus menjadikannya kemenangan terbesar pasukan negara dalam kejohanan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >