Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Singa akhiri 2017 di tangga ke-172 Fifa

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



SKUAD bola sepak Singapura menamatkan tahun ini di tangga ke-172 senarai Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terbaru yang diterbitkan kelmarin - yang turut menggambarkan tahap sukan ini yang mengecewakan sepanjang tahun ini.



Tangga ke-172 itu bagaimanapun adalah kenaikan satu anak tangga daripada kedudukannya di tangga ke-173 pada Oktober lalu - kedudukan paling bawah dalam sejarah bola sepak Singapura.



Namun, kedudukannya itu kini - dengan skuad Singa pimpinan V. Sundram Moorthy tidak beraksi sepanjang bulan ini - adalah di bawah beberapa pasukan kerdil lain seperti Fiji dan Chad & Dominica yang berkongsi kedudukan di tangga ke-168 dan Nepal di tangga ke-171.



Kedudukan Singa juga di bawah Maldives (tangga ke-157), Myanmar (tangga ke-150) dan Hongkong (tangga ke-143).



Ia tentu sekali gambaran hambar bola sepak negara ketika ini memandangkan Singa pernah menduduki tangga ke-78 Fifa pada tahun-tahun 1990-an.



Di dalam padang prestasi skuad negara turut mengecewakan termasuk tersingkir daripada saingan ke Piala Asia 2019 menyusuli kekalahan 0-3 kepada Bahrain dalam kelayakan Kumpulan E di Stadium Negara bulan lalu.



Singa di tangga corot kumpulan selepas gagal memenangi satu pun daripada lima perlawanan kelayakannya - mempunyai baki satu perlawanan terakhir menentang Taiwan pada Mac depan.



Lebih memalukan ialah kegagalan pasukan pimpinan Sundram mencatatkan sebarang kemenangan sepanjang perlawanan-perlawanan tahun ini - sifar kemenangan daripada 11 perlawanan adalah satu statistik yang mengecewakan terutama bagi sukan yang paling popular Singapura ini.



Mengulas kedudukan Singa itu, seorang jurulatih veteran setempat yang enggan namanya disebut berkata:



"Tiada apa yang mengejut melihat pasukan bola sepak kita di kedudukan itu tetapi mungkin ada rahmat di sebalik apa yang berlaku.



"Saya fikir mereka sudah berada di tahap paling bawah, jadi selepas ini arah tujunya tentu sekali naik semula di atas.



"Saya menaruh harapan inisiatif baru yang diumumkan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) serta kerjasama semua pihak termasuk pemain dan jurulatih akan membantu pasukan kita memperbaiki kedudukan itu dalam tempoh setahun dua ini."



Beliau merujuk kepada beberapa inisiatif yang memberi fokus kepada pembangunan pemain muda termasuk di peringkat sekolah dan akar umbi dalam usaha menyemarakkan semula sukan ini di sini seperti yang diumumkan kepimpinan baru FAS baru-baru ini.



Iran di tangga ke-32 Fifa kekal sebagai pasukan terbaik Asia manakala Vietnam di tangga ke-112 ialah pasukan terbaik dari rantau Asia Tenggara.



Juara dunia, Jerman, pula akan menamatkan tahun ini di tangga pertama Fifa itu, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pasukan terbaik bola sepak dunia tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >