Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Singa beri saingan tapi Uzbek terlalu gagah

Kekalahan di tangan Uzbekistan 0-5 bermakna SG tersingkir dari persaingan kelayakan
Jun 09, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN nombor 86 dunia Uzbekistan terbukti terlalu kuat buat Singapura apabila pasukan Singa, nombor 159 di dunia, tewas 0-5 di Stadium Antarabangsa Raja Fadh di Riyadh, Arab Saudi awal pagi semalam.



Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida membuat lima perubahan kepada barisan kesebelasan utamanya, yang kalah 0-4 di tangan Palestin Jumaat lalu.



Keputusan semalam menyingkirkan Singapura daripada melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 namun mereka masiih berpeluang ke Piala Asia 2023 sekiranya berjaya meraih tempat ketiga dalam kumpulan.



Baihakki Khaizan, Hafiz Sujad, Zulfahmi Arifin, Faris Ramli dan Hazzuwan Halim diberi kepercayaan memulakan perlawanan kedua terakhir negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.



Yoshida juga mengatur formasi berbeza dalam perlawanan ini, menurunkan tiga pemain bek tengah atau 'back three' bersama dua pemain bek sayap, untuk memberi pasukan lebih kukuh bertahan.



Dalam perlawanan menentang Palestin, jurulatih asal Jepun itu meletakkan formasi 'back four' atau empat pemain di bahagian pertahanan.



Namun, benteng Singapura tetap ditembusi semalam.



Meskipun begitu, Yoshida mengatakan pasukan Singa beraksi "lebih baik berbanding perlawanan sebelumnya" tetapi tidak dapat menandingi mutu lawan mereka.



Beliau berkata: "Kami membuat beberapa perubahan dan saya rasa kami beraksi baik sebelum gol pertama. Selepas gol itu, kami hilang sedikit motivasi.



"Ada perbezaan besar dalam kualiti dan tahap mereka adalah tinggi, jauh daripada kami. Kami boleh belajar daripada mereka. Mereka ada kualiti dan mereka banyak berlari. Kami tidak biasa kepada intensiti ini. Kami harus belajar untuk terus berjuang."



Pasukan negara memaparkan persembahan yang lebih agresif kali ini dengan membuat serangan yang memberangsangkan dipimpin kapten Yasir Hanapi, yang mengisi posisi nombor sembilan, dengan penyerang Ilhan Fandi tidak diturunkan.



Uzbekistan hanya memerlukan enam minit pertama perlawanan untuk membuka tirai jaringan mereka melalui gol Jaloliddin Masharipov.



Pasukan Singa berjaya mempertahan ancaman serangan lawan selama hampir setengah jam sebelum Masharipov membolos gawang penjaga gol Singapura Izwan Mahbud buat kali kedua dalam perlawanan itu.



Uzbekistan menambah derita Singapura dalam separuh pertama ketika penyerang kelab Itali Serie A Genoa, Eldor Shomurodov, menjaringkan gol pada minit ke-46.



Dalam separuh kedua, ancaman serangan Uzbekistan terus mencetuskan masalah bagi Singapura.



Izwan gagal menyelamatkan jaringan Odil Ahmedov pada minit ke-50, sementara gol sendiri pemain bek tengah Singapura Irfan Fandi pada minit ke-89 memberikan Uzbekistan kemenangan besar.



Kekalahan itu bermakna Singapura kekal di tempat keempat Kumpulan D dengan tujuh mata, sama dengan penghuni tempat ketiga Palestin, yang mempunyai kelebihan perbezaan gol.



Arab Saudi mendahului kumpulan dengan 14 mata, diikuti Uzbekistan dengan 12 mata, manakala Yaman di tempat terendah dengan lima mata.



Singapura akan berdepan tuan rumah Arab Saudi dalam perlawanan terakhir Kumpulan D mereka pada Sabtu ini.



Memandang ke depan, Yoshida menekankan kecergasaan adalah satu bahagian yang perlu dipertingkat.



"Dua tahun lalu, saya fikir skuad lebih cergas...Kami perlu perbaiki intensiti. Banyak yang perlu kami perbaiki," tambahnya. 




Singa harus belajar terus berjuang



"Kami membuat beberapa perubahan dan saya rasa kami beraksi baik sebelum gol pertama. Selepas gol itu, kami hilang sedikit motivasi.

Ada perbezaan besar dalam kualiti dan tahap mereka adalah tinggi, jauh daripada kami. Kami boleh belajar daripada mereka. Mereka ada kualiti dan mereka banyak berlari. Kami tidak biasa kepada intensiti ini. Kami harus belajar untuk terus berjuang.

... Dua tahun lalu, saya fikir skuad lebih cergas...Kami perlu perbaiki intensiti. Banyak yang perlu kami perbaiki.''

- Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >