Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa mahu bangkit untuk ke separuh akhir dan tebus maruah

May 11, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS dua perlawanan kurang memuaskan dalam kempen Sukan SEA Hanoi mereka, skuad Singa Muda tahu mereka perlu menunjukkan prestasi lebih baik dalam baki dua perlawanan.



Keputusan kalah teruk 0-5 di tangan Thailand dan 2-2 bersama Laos bermakna harapan Singa mendapatkan pingat pertama sejak 2013 semakin sukar.



Anak buah jurulatih Nazri Nasir perlu bangkit dan menewaskan Kemboja dalam perlawanan Kumpulan B hari ini di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, dan Malaysia pada Sabtu untuk berpeluang menduduki antara dua tangga teratas kumpulan untuk mara ke separuh akhir.



Nasib mereka juga bergantung sama ada keputusan perlawanan pasukan lain berpihak pada mereka.



Ditemui Berita Harian semalam, Nazri berkata beberapa perkara menjejas cara permainan dan keputusan mereka setakat ini. Selain tidak mendapatkan masa rehat yang sama dengan negara lain di temasya ini, anak buah beliau hilang fokus semasa perlawanan.



"Kami hilang fokus (semasa Thailand menjaringkan gol mereka). Saya faham pemain berasa penat kerana pasukan kami sahaja yang bermain empat perlawanan berturut-turut berbanding pasukan lain.



"Moral pemain jatuh (selepas perlawanan Thailand) dan kami boleh lihat kekecewaan mereka. Tetapi ini juga tidak bermakna kami akan menyerah kalah," kata Nazri, yang memohon maaf kepada penyokong Singapura bagi kekalahan besar kepada Thailand itu.



Namun, Nazri tahu pasukannya tidak boleh memberi alasan lagi bagi perlawanan seterusnya mereka.



"Memang amat pedih kalah dengan lima gol kerana perbezaan gol boleh diambil kira jika kami menang dua perlawanan kami selepas ini. Tetapi kami perlu ketepikan itu semua dan belajar daripada perlawanan itu.



"Dua perlawanan kami seterusnya penting bukan untuk kami memasuki separuh akhir sahaja, bahkan menebus maruah kami," ujarnya.



Kapten dan penjaga gawang Zaiful Nizam percaya akan kebolehan skuadnya mengubah nasib mereka dalam perlawanan seterusnya.



"Hanya kami yang boleh menentukan apakah kami ingin pergi (ke separuh akhir). Kami tidak boleh menyerah kalah dan saya juga rasa peluang masih terbuka walaupun kami mempunyai satu mata saja.



"Saya akan cuba mendorong rakan sepasukan saya untuk mendapatkan kesemua tiga mata apabila menentang Kemboja," ujar pemain berusia 34 tahun itu.



Sementara itu, Nazri mengesahkan pemain tengah Zulfahmi Arifin tidak dapat beraksi petang ini kerana kecederaan lutut. Nazri akan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya dan menurunkan pemain-pemain cergas yang boleh "menghadapi tekanan daripada Kemboja".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >