Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa Muda disekat Laos, gagal rebut peluang jaringan

Nov 26, 2019 | 10:38 PM



SINGAPURA mensia-mensiakan beberapa peluang keemasan untuk mencatat kemenangan penting dalam perlawanan pembukaan pertandingan bola sepak Sukan SEA.



‘Pertempuran’ antara dua jurulatih legenda negara, Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy berakhir seri tanpa gol di Stadium Memorial Rizal malam ini (26 November). 



Perlawanan ini mesti menang bagi jurulatih pasukan bola sepak di bawah 22 tahun Singapura Fandi Ahmad, dalam harapannya untuk ke separuh akhir Sukan SEA tahun ini.



Singapura namun disekat pasukan kendalian Sundram, Laos di Manila malam ini.



Babak pertama menyaksikan Singapura memiliki beberapa peluang jaringan namun anak buah Fandi Ahmad gagal memanfaatkannya.



Singa Muda menunjukkan taring seawal lima minit perlawanan apabila rembatan Faris Ramli dari sayap kiri nyaris masuk di bahagian atas gawang penjaga gol Laos Xaysavath.



Hantaran bijak Syahrul Sazali di depan gawang Laos pada minit ke-17 hampir menemui Ikhsan Fandi namun bola berjaya ditangkap penjaga gol.



17 minit kemudian, peluang Irfan Fandi di depan gol disia-siakan apabila pemain pertahanan kelab BG Pathum United itu gagal mengawal rembatannya.



Jacob Mahler cuba meledakan gol pertama perlawanan sebelum waktu rehat tetapi tandukannya tersisir ke tepi gawang.



Pasukan Singa Muda meneruskan misi mencari gol pertama mereka dalam Sukan SEA ke-30 dalam babak kedua.



Ikhsan, Zulqarnaen Suzliman, Shah Shahiran dan Faris masing-masing diberikan peluang jaringan tetapi kekurangan bersikap klinikal di depan gawang menghambat kemenangan Singapura dalam perlawanan pembukaan mereka.



Keputusan 0-0 kekal hingga ke wisel penamat.



Singapura bakal berdepan Indonesia pada Khamis ini (28 November).



Indonesia mengejutkan juara bertahan Thailand petang ini dengan kemenangan 2-0.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >