Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa Muda hidupkan peluang mara

Sep 18, 2014 | 02:15 PM



PASUKAN Singa Muda menghidupkan sedikit peluang tipis dalam pertandingan bola sepak Sukan Asia Ke-17 di Incheon apabila bangkit memaksa keputusan seri 3-3 dengan pasukan pilihan Kumpulan C, Oman, malam tadi.


Beraksi di Stadium Kompleks Sukan Utama Hwaseong yang hampir kosong, Singapura cuba menyaingi permainan lebih baik Oman yang berada di kedudukan lebih tinggi dalam ranking dunia dengan memberi saingan meskipun Oman yang terlebih dahulu membuka jaringan.


Pasukan Teluk itu membuka jaringan pada minit ke-11 menerusi Hatem Khamis Jamaial Hamhami tetapi Sahil Suhaimi menyamakan kedudukan satu minit kemudian.


Oman mendahului sekali lagi pada minit ke-25 menerusi Rashadi Rajab An Nasib Shakili menerusi hantaran bijak Hamhami sebelum menyusup masuk ke sebelah kiri kotak penalti antara Baihakki Khaizan dan Safuwan Baharudin dan menewaskan penjaga gawang Hassan Sunny.


Ahmed Khalfan Muhail Siyabi menambah jaringan pada minit ke-29 menerusi satu tandukan kencang selepas menerima hantaran silang Saud Khamis Eid Farsi hasil asakan berterusan Oman.


Namun, Singapura, yang tidak berputus asa untuk mencari peluang melangkah daripada peringkat kumpulan, merapatkan jurang pada minit ke-43 apabila Faris Ramli menewaskan dua pemain pertahanan Oman dari sebelah kiri kotak penalti sebelum membuat rembatan tinggi ke kanan gawang.


Kededua pasukan saling menyerang pada separuh masa kedua dengan Singapura meningkatkan permainan dan menyaingi Oman di segenap bahagian dan mendapatkan gol penyamaan menerusi Safuwan pada minit ke-85.


Gol itu dihasilkan apabila Safuwan dijatuhkan di luar kotak penalti Oman dan Sahil membuat umpanan cantik ke kiri gawang yang disambut dengan tandukan kencang Safuwan.


Dengan keputusan itu, Singapura akan bersaing dengan Oman dan Tajikistan untuk merebut satu lagi tempat ke pusingan seterusnya.


Singapura akan bertemu Palestin, yang mengalahkan Oman 2-0 dan Tajikistan 2-1 awal hari ini, dalam perlawanan terakhir Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >