Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa Muda masih perlu perbaiki persembahan: Fandi

Nov 14, 2019 | 05:30 AM



JURULATIH pasukan bola sepak bawah 22 tahun negara Fandi Ahmad menggesa anak didiknya untuk memperbaiki persembahan sedang pasukan itu mempersiapkan diri bagi Sukan SEA di Filipina, yang bermula kurang dua minggu lagi.



Ini meskipun pasukan bergelar Singa Muda itu menang besar 4-1 dalam perlawanan latihan menentang pasukan bawah 20 tahun Perth Glory kelmarin.



"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati melihat persembahan pasukan," ujar Fandi.



"Tetapi, kami harus bermain dengan lebih pantas lagi dan bersikap lebih klinikal ketika menyerang dalam bahagian di depan gawang.



"Pemahaman untuk bermain dari benteng pertahanan juga harus diperbaiki."



Perlawanan di Stadium Jalan Besar itu menyaksikan empat penjaring gol berbeza - Faris Ramli, Haiqal Pashia, Hami Syahin dan Irfan Fandi.



Faris, Hami dan Irfan juga tersenarai dalam skuad nasional kendalian Tatsuma Yoshida yang bakal berdepan Yaman dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Selesa depan.



"Walaupun mereka mempunyai komitmen kepada skuad nasional, saya gembira mereka dapat bersama pasukan bawah 22 tahun dan berpuas hati melihat sumbangan mereka dalam perlawanan ini," tambah Fandi.



Fandi bakal mengumumkan skuad 20 pemain Sukan SEA Sabtu ini.



Laporan lanjut: Meski menang besar, Singa Muda perlu perbaiki persembahan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >