Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA ASIA

Singa tak mampu cicir mata apabila lawan Tajikistan

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak nasional perlu mencari semula 'taring' yang hilang di depan gawang lawan dan ia perlu berbuat demikian malam ini.



Ia juga harus melupakan kekalahan yang dialami dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Asia semasa menentang pasukan tuan rumah, Kyrgyzstan, dan menyemarak semula semangat.



Kapten Hariss Harun dan rakan sepasukannya mendahului permainan di awal babak kedua, tetapi akhirnya tumpas selepas melepaskan dua gol dalam masa tiga minit.



"Tentunya, kami telah bersaing dengan baik dengan lawan, tetapi kami tidak boleh berpuas hati dengan keadaan tersebut... kami perlu mengutip semua tiga mata.



"Semua pemain kecewa kerana ia adalah keputusan yang sukar untuk diterima... tetapi kami tahu masih ada perlawanan penting dan kami masih berpeluang (untuk melayakkan diri ke Piala Asia).



"Kami harus mara sebagai satu pasukan dan memburu kemenangan yang diperlukan," kata Hariss.



Menambah, Hariss berkata:



"Kami perlu belajar dari pengalaman itu. Selepas kami mendahului perlawnaan, kami mula berasa penat dan menyusuli itu, bak hilang tumpuan. Sebahagian proses membangun sebagai satu pasukan adalah untuk memperkukuh kekuatan mental kami."



Kali terakhir Singapura beraksi dalam Piala Asia - pertandingan bola sepak antarabangsa terunggul di benua ini - adalah pada 1984, selaku tuan rumah.



Jika menang ke atas Kyrgyzstan hampir pasti membuka laluan bagi anak didik jurulatih Takayuki Nishigaya melayakkan diri ke pertandingan itu buat julung-julung kali.



Namun, tiga mata yang hilang dalam pertarungan itu bermakna Singa tidak mampu mencicir mata semasa bertemu Tajikistan malam ini, dan Myanmar pada Rabu depan.



Tajikistan, yang menduduki tangga ke-114 di dunia, membelasah Myanmar 4-0 dalam perlawanan mereka.



Pasukan Singapura menduduki tangga ke-158 dalam ranking dunia.



Nishigaya berkata beliau bangga dengan cara pemainnya bersaing dengan pasukan yang menduduki tangga lebih tinggi dalam perlawanan pertama, tetapi melahirkan rasa hampa kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang gol yang dicipta.



"Kami merintis banyak peluang gol, tetapi hanya berjaya menjaringkan satu. Saya tahu kami boleh menjaringkan lebih banyak gol... dan saya yakin kami boleh mempertingkat aspek permainan kami ini.



"Kami berjaya memberi saingan yang baik kepada pasukan yang kuat dalam perlawanan yang lalu... kami harus teruskan cara permainan ini," kata Nishigaya.



"Jika kami boleh menang dua perlawanan selanjutnya, kami ada peluang melayakkan diri."



Dalam perlawanan kompetitif pertama di bawah bimbingan Nishigaya, pemain Singa menunjukkan cara permainan lebih agresif semasa tidak memperoleh bola dan kemahuan membuat hantaran pantas untuk mengasak benteng lawan sebaik sahaja merampas bola dari lawan.



Sebagai contoh, pasukan Singa mengambil masa hanya lapan saat untuk merintis peluang gol bagi Ikhsan Fandi selepas memulakan serangan dari bahagian padang sendiri.




“Semua pemain kecewa kerana ia adalah keputusan yang sukar untuk diterima... tetapi kami tahu masih ada perlawanan penting dan kami masih berpeluang (untuk melayakkan diri ke Piala Asia). Kami harus mara sebagai satu pasukan dan memburu kemenan-gan yang diperlu-kan... Kami perlu belajar dari pengalaman itu. Selepas kami mendahului perlawnaan, kami mula berasa penat dan menyusuli itu, bak hilang tumpuan. Sebahagian proses membangun sebagai satu pasukan adalah untuk memperkukuh kekuatan mental kami.”
- Kapten Singa, Hariss Harun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >