Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN ASIA 2014

Singa terus tumpul di depan gol, diikat 0-0 oleh Hongkong

Sep 10, 2014 | 10:14 AM



PENGALAMAN yang merangsang keyakinan diri tidak diperolehi. Sebaliknya pasukan bola sepak negara menyebabkan hampir 2,000 penyokong yang hadir di Stadium Hougang bertambah ragu akan keupayaannya bersaing di Sukan Asia yang bermula hujung minggu ini.


Walau diperkukuh lima pemain berusia lebih 23 tahun - Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin, Afiq Yunos, Fazrul Nawaz dan Shahdan Sulaiman, Singapura gagal menewaskan Hongkong dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan keputusan seri 0-0 semalam.


Di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan nanti, pasukan yang lebih handal - Tajikistan, Palestin dan Oman menanti Singapura dalam Kumpulan A.


Seolah-olah kurang kreativiti untuk memecah benteng pertahanan Hongkong yang berdisiplin memelihara bentuk dan menutup ruang, Singapura terpaksa menanti sehingga minit ke-35 untuk mencipta peluang pertama menerusi Shahdan.


Sahil Suhaimi, yang menjaringkan satu gol dalam perlawanan dengan Papua New Guinea minggu lalu, seolah-olah pemain tunggal Singapura yang memburu gol, tetapi tanpa sokongan padu dari midfield, beliau dan rakan penyerang Fazrul Nawaz gagal melakukan sebarang percubaan sehingga masa kecederaan.


Sebaliknya itu, Hongkong yang mencipta dua peluang gol dalam 20 minit pertama. Kededuanya hasil kesilapan pertahanan Singapura. Dalam minit ke-12, pemain pertahanan tengah Afiq Yunos yang diminta beraksi di posisi bek kiri gagal membendung pemain Hongkong yang gagal menemui sasaran dari jarak dekat. Selang beberapa minit, Safuwan pula tergelincir, memberi ruang kepada Hongkong membuat percubaan yang diselamatkan oleh Hassan Sunny.


Separuh masa kedua bermula dengan rentak lebih pantas untuk Singapura, dengan Faris Ramli dan Al-Qaasimy berganding baik di sayap kanan untuk menembusi pertahanan beberapa kali.


Namun Hongkong mencipta peluang gol terbaik untuk membuka tirai jaringan, apabila pemain gantian Kwok Kin Pong menyambut hantaran dari sayap kanan untuk mengegar palang gawang Hassan Sunny.


Peluang terbaik Singapura jatuh kepada Sahil dalam minit ke-65. Hariss dan Shahdan berganding baik untuk membawa bola masuk ke petak penalti, tetapi bola yang melantun ke arah Sahil disambuttnya dengan rembatan kemas, tetapi bola melewati palang tanpa menguji penjaga gawang Hongkong.


Kapten Courts Young Lions Al-Qaasimy Abdul Rahman berjaya menyumbat bola ke dalam gawang 15 minit sebelum permainan tamat, hasil umpanan dari tendangan bebas. Namun gol itu tidak diberikan pengadil yang menyifatkan tendangan bebas itu diambil tanpa menunggu wisel.


Singapura bertemu Tajikistan dalam perlawanan pembuka tirai Sukan Asia Ahad ini.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >