Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA

Singa tetap yakin walau tewas kepada Kuwait dalam ujian

Jun 03, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak nasional mengakhiri persiapan bagi kelayakan Piala Asia dengan kekalahan 0-2 kepada Kuwait di Abu Dhabi, tetapi penjaga gawang Hassan Sunny berkata pasukan tetap positif kerana berjaya menguasai perlawanan dan mencipta beberapa peluang gol.



Ini adalah perlawanan pertama di bawah jurulatih baru, Takayuki Nishigaya.



"Memandangkan kami baru sahaja menjalani dua sesi latihan penuh dengan jurulatih sebagai satu pasukan, saya rasa kami telah beraksi dengan baik. Kami mempunyai banyak peluang gol, terutama dalam separuh masa pertama, tetapi tidak cukup tajam di depan gawang," kata Hassan.



"Apa yang positif, kami mencipta peluang gol... keputusan di akhir perlawanan tidak menunjukkan bagaimana perlawanan itu berlangsung. Tapi bagi saya, adalah satu petanda baik... kami dapat menguasai perlawanan dan kami akan terus berusaha gigih menjelang perlawanan kelayakan."



Pasukan bola sepak nasional berangkat ke Bishek, Kyrgyztan, hari ini, untuk bertemu pasukan tuan rumah pada 8 Jun - pertarungan pembukaannya kelayakan Piala Asia.



Menyusuli itu, ia akan bertemu Tajikistan pada 11 Jun dan Myanmar pada 14 Jun dalam format round-robin satu perlawanan. Enam juara kumpulan dan lima pasukan naib juara terbaik akan mara ke pusingan akhir Piala Asia.



Pusingan kelayakan ini adalah ujian pertama bagi Nishigaya, yang mengambil alih kepimpinan pasukan dari Tatsuma Yoshida pada 25 April.



Dalam perlawanan dengan Kuwait kelmarin, Nishigaya telah mengekalkan formasi 3-5-2 yang digunakan oleh Yoshida dan jurulatih sementara Nazri Nasir semasa Singapura menewaskan Filipina 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada Mac lalu.



Pasukan bola sepak nasional memburu tempat ke Piala Asia buat julung-julung kali sejak edisi 1984 yang diadakan di Singapura apabila ia mendapat tempat di pusingan akhir selaku pasukan tuan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >