Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa tewaskan Yaman 2-1, duduki tangga ketiga Kumpulan D

Nov 20, 2019 | 08:36 AM



PASUKAN Singa kembali dengan momentum kemenangan selepas menewaskan Yaman 2-1 di Stadium Sheikh Ali bin Mohammed Al Khalifa di Bahrain malam ini (19 November).



Ketua jurulatih pasukan bola sepak nasional Tatsuma Yoshida, selepas perlawanan itu, berkata:



"Saya pernah berkata sebelum ini yang kami harus menang perlawanan ini dan ia penting kami mendapat kemenangan itu malam ini. Saya sangat berpuas hati (dengan persembahan pemain) dan gembira untuk mengongsi berita baik ini dengan penyokong di Singapura."



Setelah dua kekalahan berturut-turut dalam kempen Kelayakan Piala Dunia sebelum ini - tewas 3-0 di tangan Arab Saudi dan 1-3 apabila berdepan Uzbekistan, anak didik Yoshida menonjolkan persembahan mantap di padang lawan meskipun tanpa penyerang utama, Faris Ramli.



Penyerang Terengganu FC itu tidak dapat beraksi dalam perlawanan kelayakan kelima Singapura atas sebab peribadi. 



Singapura namun tetap memiliki ‘bisa’ yang mencukupi di bahagian serangan.



Ikhsan Fandi membuka tirai jaringan pasukan Singa dengan meledakan jaringan ‘volley’ pada minit ke-19 daripada tendangan sudut Shahdan Sulaiman.



Ini merupakan gol kelapan penyerang berusia 20 tahun itu dalam 18 penampilan senior untuk negara.



Rembatan cantik Hafiz Nor yang terkena palang dan masuk ke dalam gawang Yaman, tujuh minit selepas waktu rehat, memperkukuhkan kedudukan pasukan Singa kepada 2-0.



Yaman kemudian cuba mengatur ‘comeback’ apabila Nasser Al-Gahwashi berjaya menyumbat gol ke dalam gawang Izwan Mahbud pada minit ke-85.



Benteng pertahanan Singapura namun berdiri teguh sehingga ke wisel penamat.



Perlawanan berakhir 2-1 memihak ke tangan Singapura.



"Keputusan ini mungkin mengejutkan untuk ramai tetapi bukan saya. Pemain mempunyai perwatakan baik dan saya percaya akan kebolehan mereka. Kami akan melihat ke hadapan untuk perlawanan seterusnya," tambah Yoshida.



Tiga mata penuh yang dikumpul itu sekali gus meletakkan pasukan Singa di kedudukan ketiga Kumpulan D, dengan pungutan tujuh mata.



Dalam perlawanan Kumpulan D lain, Uzbekistan mengalahkan Palestin 2-0 di padang sendiri untuk menghuni puncak kumpulan dengan pungutan sembilan mata. 



Arab Saudi yang tidak mempunyai perlawanan dalam pusingan ini menduduki tangga kedua kumpulan, dengan pungutan lapan mata dan kurang satu perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >