Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Singa tidak gentar hadapi Thailand

Jurulatih skuad negara Yoshida pertahan prestasi anak didik sejauh ini, Singa wajar layak ke separuh akhir
Dec 18, 2021 | 05:30 AM



KEM Singapura kini berkobar semangat juang dalam menghadapi Thailand bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Negara malam ini biarpun telah pun menjamin tempat di peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki.



Jurulatih Singapura, Tatsuma Yoshida, berkata skuadnya berhak berada di separuh akhir meskipun penyokong kecewa dan kurang puas hati dengan persembahan republik ini semasa mengatasi 2-0 ke atas Timor Leste pada Selasa lalu.



"Kami hampir ke peringkat final dan mereka layak untuk berada di peringkat separuh akhir ini.



"Perlawanan ini akan menguji pemain-pemain kami dan kami sahut cabaran itu," kata Yoshida kepada media semalam.



Walaupun bersedia bertarung, Yoshida enggan membuat ramalan bagi perlawanan itu nanti.



Malah, dia ingin pemain-pemainnya kekal merendahkan diri meskipun ini adalah kali pertama dalam sembilan tahun mereka layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.



Kemenangan untuk mana-mana pasukan bermakna mereka menjuarai kumpulan dan kemungkinan dapat elak bertemu juara bertahan, Vietnam, dalam separuh akhir.



Tetapi Yoshida tidak mahu fikir terlalu jauh, sebaliknya ingin beri tumpuan kepada perlawanan sengit malam ini sahaja.



"Saya tahu mata yang dikumpul dalam kumpulan lain itu. Tetapi, saya tidak tahu mengenai perbezaan gol yang mereka perolehi.



"Namun, kami perlu fokus kepada diri kami sendiri. Baik Vietnam, Malaysia atau Indonesia, sesiapa yang kami dapat nanti, kami akan menganggapnya sebagai satu lagi cabaran," kata jurulatih asal Jepun berusia 47 tahun itu.



Thailand juga memasuki perlawanan ini dengan baik setelah berjaya menewaskan Philippines 2-1 di Stadium Negara Selasa lalu.



Dengan keputusan itu, Thailand kini mendahului kumpulan A dengan 7 gol perbezaan, berbanding dengan 6 gol perbezaan bagi Singapura.



Dalam perlawanan itu, kapten Teerasil Dangda berjaya menjaringkan dua gol yang membuat beliau penjaring terbanyak dalam pertandingan setakat ini dengan empat gol.



Gelaran itu dikongsi bersama penyerang Malaysia, Safawi Rasid yang juga telah menyumbang empat gol sepanjang pertandingan ini.



Jurulatih Thailand, Alexandre Polking hanya mampu memuji kebolehan Teerasil di padang meskipun sudah lanjut usia 33 tahun.



"Saya tidak tahu berapa kerap saya boleh datang ke sini dan memujinya, dia penyerang terbaik yang pernah saya latih dan lihat dan dia sekali lagi telah membuktikannya," kata Polking kepada media selepas perlawanan itu.



Polking berharap Teerasil "dapat menjaringkan lima, enam atau tujuh gol" dan mengakhiri dengan piala kemenangan serta penyerang terbanyak di dalam pertandingan itu nanti.



Thailand juga telah berjaya memenangi dua perlawanan dalam kumpulan mereka sebelum ini - 4-0 ke atas Myanmar dan 2-0 menentang Timor Leste.



Singa telah tewas dalam lima pertemuan terakhir menentang Thailand dengan jaringan agregat 9-1. Kali terakhir mereka menewaskan Thailand adalah keputusan 3-1 pada 2012 apabila Singapura memenangi kejuaraan Asean buat kali keempat pada ketika itu.



Pemain bek tengah Singapura Irfan Fandi, yang beraksi di liga Thailand bersama BG Pathum United, pula berharap pengetahuannya dengan pemain-pemain Thai di liga itu dapat membantu memberikan prestasi yang baik bagi Singa malam nanti.



Katanya: "Thailand adalah salah satu pasukan yang terkuat di rantau ini. Serangan mereka hebat, jadi (pertahanan) kami perlu kukuh. Tetapi, mereka juga akan ada lopong di bahagian pertahanan mereka dan kami perlu ambil peluang itu.



"Kami tahu kami lebih baik daripada persembahan menentang Timor Leste, tetapi keputusan lebih penting dalam pertandingan dan kami ingin kalahkan Thailand untuk menduduki tangga teratas kumpulan.



"Kami semua sudah bersedia untuk perlawanan itu dan sedang berlatih seperti ia adalah satu perlawanan final. Dan saya rasa ia suatu mentaliti yang baik."




"Saya tahu mata yang dikumpul dalam kumpulan lain itu. Tetapi, saya tidak tahu akan gol perbezaan yang mereka perolehi. Namun, kami perlu fokus kepada diri kami sendiri. Baik Vietnam, Malaysia atau Indonesia, sesiapa yang kami dapat nanti, kami akan menganggapnya sebagai satu lagi cabaran."
- Jurulatih Singapura, Tatsuma Yoshida, mengenai cabaran yang menanti pasukannya di separuh akhir nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >