Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Singa tumpas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan penuh drama di Stadium Negara

Singapura tetap pelihara peluang ke kelayakan Piala Asia 2019
Nov 18, 2015 | 09:31 AM



KETINGGALAN di awal permainan dan beraksi dengan 10 pemain bagi hampir separuh permainan, Singapura kecundang 1-2 kepada Syria walau ia berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 di penghujung perlawanan.


Gol kemenangan Syria dijaringkan Omar Kharbin, pada masa kecederaan - gol kedua bagi Omar yang turut membuka tirai jaringan pada minit ke-13.


Gol tunggal Singapura dijaringkan Safuwan Baharudin menerusi tendangan penalti pada minit ke-87. Pemain serba boleh itu turut memimpin barisan depan nasional buat pertama kali dalam perlawanan ini.


Keputusan ini bermakna Singapura kekal di tangga ketiga Kumpulan E dengan 10 mata, lima mata di belakang Syria yang menjamin tempat di posisi naib juara.


Pasukan tuan rumah kehilangan tunggak pertahanan sejurus separuh masa kedua bermula selepas Madhu Mohana diperintah keluar padang pada minit ke-53. Pemain pertahanan LionsXII itu didakwa pengadil Kim Jong Hyeok mengasari Omar dengan sengaja.


Insiden itu kemuncak malam 'penuh kenangan' bagi Omar, yang bermain dengan kepala berbalut selepas cedera pada minit ke-13. Namun beliau membuka tirai jaringan selang enam minit, menanduk mudak gawang yang ternganga selepas Izwan Mahbud terkandas di petak penalti sendiri.


Singapura bertungkus-lumus mencari gol penyamaan dengan Safuwan Baharudin, bertindak agresif dan rajin, tetapi sentiasa keseorangan di bahagian padang lawan.


Peluang terbaik bagi Singa menjaringkan gol semasa perlawanan terbuka dirintis pada minit ke-52. Hantaran lintang daripada Baihakki Khaizan menemui Faritz Hameed yang mengumpan bola ke Christopher Van Huizen. Pemain LionsXII yang dinamakan buat pertama kali dalam kesebelasan utama nasional itu menghantar bola ke Safuwan yang menanduk bola ke arah Hafiz Abu Sujad. Namun bola terlalu pantas dan Hafiz gagal menyambut bola itu.


Stange menghantar masuk Shaidful Esah dan Fazrul Nawaz dengan perlawanan berbaki 10 minit dan pertukaran itu membawa manfaat.


Kombinasi pemain ini memenangi tendangan sudut bagi Singapura dan hasil tendangan itu, pemain Syria menyentuh bola dengan tangannya. Disajikan dengan peluang terbaik bagi menjaringkan gol, Safuwan tidak mensesiakan penalti, memperdayakan Ibrahim Almeh di gawang Syria.


Bagaimanapun, harapan Singapura mencuri satu mata ranap selepas Omar memperdaya Izwan dalam masa kecederaan, membuat rembatan leret tepat dari hujung petak penalti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >