Singapura 1 - Indonesia 0: Gol Hariss ‘hadiah’ kemenangan buat Fandi

Fandi Ahmad dan pasukannya membuka tirai kempen Piala AFF Suzuki dengan meraih tiga mata penting selepas menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Negara pada Jumaat (9 November).

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh kapten Hariss Harun pada pertengahan babak pertama, selepas beliau menyambar hantaran Gabriel Quak dari sayap kanan dan melepaskan rembatan yang menyusup ke penjuru kiri gawang lawan.

Singapura hampir menyumbat gol kedua pada separuh masa kedua melalui Faris Ramli, tetapi percubaan lambungnya hinggap di palang gol sebelum melantun keluar.

Kemenangan ini penting untuk mencerah peluang Singapura mara ke pusingan seterusnya dari Kumpulan B, yang juga dianggap ‘Kumpulan Maut’ dan turut menampilkan juara bertahan, Thailand, Filipina dan Timor-Leste.

Thailand mendahului Kumpulan B selepas membelasah Timor-Leste 7-0.

Singapura meneruskan kempen dengan menentang Filipina di Bacalod City pada 13 November.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:06
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.