KERJASAMA yang lebih baik dalam kalangan pemain bola jaring nasional membantu Singapura mengalahkan Hongkong 45-42 dalam perlawanan antarabangsa dan menjulang Piala Hongkong-Singapura sulung kelmarin di Dewan Sukan Toa Payoh.
Tuan rumah, yang sedang bangun semula selepas persaraan beberapa pemain mapan, baru pulang daripada lawatan latihan ke New Zealand dari 4 hingga 12 Februari lalu, di mana mereka bermain lima perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab.