BOLA SEPAK
Singapura buru kemenangan besar
Terdesak jaringkan banyak gol ke atas Kemboja bagi saingi jumlah jaringan Indonesia
Jun 08, 2015 | 05:30 AM
REPUTASI Kemboja dan Singapura dalam bola sepak rantau ini berbeza, tetapi kededuanya 'senasib' apabila mereka menjejakkan kaki ke Stadium Jalan Besar malam ini.
Dengan masing-masing sekadar mengutip tiga mata daripada dua perlawanan pertama Kumpulan A, pasukan Aide Iskandar dan Lee Tae-hoon terdesak memburu kemenangan dalam perlawanan ketiga ini.