LIGA JUARA-JUARA DAN LIGA EUROPA
Singtel, beIN SPORTS setuju siaran secara langsung
Oct 03, 2018 | 05:30 AM
SYARIKAT telekomunikasi, Singtel, mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan beIN SPORTS untuk menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa secara langsung.
Perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa itu akan disiarkan menerusi Singtel TV sebagai sebahagian daripada pakej tambahan World Sports+ serta pakej lain seperti Action Trio dan Variety, lapor akhbar The Straits Times.