Topic followed successfully
Go to BHkuSingtel dan StarHub umum pakej tonton Kejohanan Eropah EURO 2020
Singtel dan StarHub umum pakej tonton Kejohanan Eropah EURO 2020
Singtel dan StarHub umum pakej tonton Kejohanan Eropah EURO 2020
DUA telko setempat Singtel dan StarHub telah mengumumkan harga untuk menyaksikan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.
Bersama syarikat penstriman on-demand LiveNow, kededua telko telah mendapatkan hak siaran pertandingan bola sepak antara negara-negara Eropah itu di Singapura.
Pakej untuk menyaksikan semua 51 perlawanan Euro 2020 secara langsung bermula pada harga $93 di Singtel, $94 di StarHub dan $98 di LiveNow.
Penonton yang membeli pakej sebelum 1 Jun boleh menikmati potongan harga $10. Semua harga adalah sebelum GST.
Perlawanan-perlawanan akan disiarkan secara langsung pada 9 pagi, 12 tengah malam dan 3 pagi sehingga 12 Julai.
Pelanggan Singtel yang memperbaharui pek Singtel TV Value dan Singtel TV Ultimate boleh menyaksikan Euro 2020 percuma di saluran LiveNow menerusi Singtel TV.
Kesemua penonton, termasuk yang bukan pelanggan Singtel boleh menonton Euro2020 di Singtel Cast.
Pelanggan StarHub pula boleh menonton Euro 2020 menerusi aplikasi (app) rasmi LiveNow, yang boleh disiarkan ke skrin televisyen.
App itu boleh dimuat turun bagi telefon iOs dan Android, sebahagian televisyen bijak dan menerusi kotak TV+ StarHub.
Mereka juga boleh menerima baucar untuk menonton satu acara bukan sukan di LiveNow secara percuba. Ini termasuk konsert, panduan bersenam dan komedi.
Butiran lanjut boleh diperolehi menerusi laman web telko masing-masing.
Penonton yang melanggan langsung menerusi LiveNow pula boleh menyaksikan siaran langsung semua perlawanan di telefon bijak, tablet, televisyen dan komputer peribadi (PC).
Ia juga akan menayangkan kandungan eksklusif dari Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), termasuk program yang merumuskan aksi harian.
Ketua Sukan di LiveNow Peter Leible berkata Singapura adalah tempat yang amat sesuai untuk melancarkan khidmat Euro 2020 kerana kadar penggunaan Internet dalam kalangan penduduknya adalah tinggi dan ia mempunyai pangkalan pengguna meminati bola sepak.
Euro 2020, yang seharusnya diadakan pada musim panas tahun lalu, dianjak setahun kerana Covid-19.
Pertandingan itu dijangka bermul 3 pagi pada 12 Jun ini, dengan perlawanan antara Turkey dengan Italy.

