Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA 2022

Singtel, StarHub bincang dengan pemegang hak siaran langsung Piala Dunia

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT penyiar Singtel dan StarHub sedang berbincang dengan pemegang hak penyiaran perlawanan Piala Dunia, yang dijadual pada akhir tahun ini, menurut jurucakap kedua-dua pengendali itu.



Piala Dunia bermula di Qatar dalam masa kurang 100 hari - pada 20 November - dengan peminat bola sepak dari kebanyakan negara di Asia Tenggara sudah pun tahu bagaimana mereka akan menonton acara terbesar sukan itu.



Walaupun perkara itu belum diputuskan di negara ini, peminat tidak perlu risau.



Singtel dan StarHub mengesahkan mereka masing-masing sedang berbincang dengan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), walaupun mereka tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu, lapor The Straits Times (ST).



Bagi Piala Dunia lalu pada 2018, Singtel dan StarHub telah mengumumkan perkongsian tiga hala bersejarah dengan penyiar awam Mediacorp untuk menyiarkan perlawanan 50 hari sebelum kejohanan bermula di Russia.



Pada ketika itu, peminat membayar $94.16 bagi promosi awal dan $112.35 harga biasa - harga sama untuk menonton Piala Dunia 2014 yang dihos Brazil.



Ia adalah kali pertama tiada kenaikan pada harga sejak langganan Piala Dunia berbayar diperkenalkan di sini pada 2002.



Dr Seshan Ramaswami, profesor madya pendidikan pemasaran di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), menyatakan dengan persaingan daripada platform baru yang muncul sejak beberapa tahun lalu, adalah "kemungkinan besar" pakej Piala Dunia akan "kekal sama... diselaraskan bagi inflasi".



"Oleh itu, kita mungkin juga menjangkakan banyak pakej fleksibel - sesetengahnya menggabungkan pilihan kabel dan penstriman pada satu atau lebih peranti secara serentak, akses khas kepada bahan tambahan dan keupayaan interaktif buat peminat lebih aktif, dan tawaran berpadankan silang promosi lain yang akan menyukarkan melakukan perbandingan langsung pilihan untuk menonton Piala Dunia."



Ketua kumpulan perniagaan sukan Deloitte Asia Tenggara, James Walton, berkata pakej itu mungkin termasuk pakej yang terikat dengan pilihan kontrak semula atau tawaran berharga lebih rendah buat perlawanan terpilih.



Dari segi jangkaan, beliau merujuk kepada kejohanan Euro 2020 dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun lalu, dengan Singtel dan StarHub bekerjasama dengan perkhidmatan penstriman LiveNow untuk memancarkan kesemua 51 perlawanan di Singapura.



Harga pakej bagi kejohanan itu antara $93-98, tidak termasuk tawaran awal.



"Penstriman telah menjadi perkara yang diterima dalam permainan sekarang... (dan) semuanya tentang mempunyai pelbagai pilihan," kata Walton.



"Memang menarik untuk melihat sama ada beberapa syarikat penstriman akan terlibat (bagi Piala Dunia)."



Beliau menjangka perjanjian akan dimeterai dan pengumuman rasmi dibuat pada minggu terakhir September.



Bagi peminat yang tidak ingin membeli pakej, mereka mungkin masih dapat menonton sekurang-kurangnya beberapa aksi di televisyen secara percuma atau secara tayangan langsung.



Contohnya, pada 2018, 62 perlawanan telah ditayangkan secara percuma di pelbagai tempat awam seperti hab masyarakat dan Hab Sukan Singapura.



Sembilan perlawanan telah disiarkan secara langsung di saluran Okto Mediacorp secara percuma - meningkat daripada empat pada 2014 - dengan kosnya diuruskan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >