JALAN ceritanya sejak 'pemindahan' dari skuad Courts Young Lions yang beraksi dalam Liga-S kepada pasukan LionsXII yang mengharungi cabaran menentang pasukan dari seberang Tambak tidak seperti yang diharap-harapkan.
Malah, penampilannya dalam kesebelasan utama ketika kemenangan ke atas pasukan Johor Darul Takzim II (JDTII) dalam saingan Piala Malaysia minggu lalu adalah hanya kali kedua Sahil Suhaimi memulakan perlawanan bagi LionsXII.