Skrtel atasi kecederaan, jaring gol penyamaan bantu Liverpool ikat Arsenal 2-2, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Skrtel atasi kecederaan, jaring gol penyamaan bantu Liverpool ikat Arsenal 2-2

Kurang seorang pemain selepas Borini dibuang padang, Liverpool terkilan tidak kutip tiga mata maksimum selepas menguasai perlawanan.
Dec 22, 2014 | 09:17 AM

KEPALANYA yang dibalut tidak menghambat Martin Skrtel menanduk tajam gol penyamaan dalam masa kecederaan demi membantu Liverpool mengikat Arsenal 1-1 di Anfield.

Keputusan seri itu adalah adil bagi Liverpool yang menguasai 65 peratus permainan walau menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Fabio Borini dibuang padang kerana menerima dua kad kuning.

Liverpool membuka tirai jaringan di penghujung babak pertama menerusi Philippe Coutinho, tetapi kelebihan itu kekal dua minit sebelum Mathieu Debuchy mengikat jaringan bagi Arsenal.

Olivier Giroud memberi kelebihan bagi Arsenal dalam separuh kedua, tetapi Skrtel berjaya menanduk kencang bola ke dalam gawang dalam masa kecederaan (min-97) demi membantu Liverpool mengelak kekalahan ke-lapan berturut-turut.

Liverpool dan Arsenal masing-masing naik satu tangga - Liverpool ke tangga ke-10 dengan 22 mata, lima mata di belakang Arsenal di tangga ke-enam. - AFP, Reuters.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map