Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad floorball lelaki turut tunjuk handal

Jun 11, 2015 | 09:57 PM



Pasukan floorball lelaki membuktikan mengapa mereka pilihan memenangi pingat emasa acara itu di Sukan SEA ini.


Skuad seramai 22 pemain itu telah mempamerkan aksi yang hebat semasa menewaskan pasukan Filipina 17-2 dalam pusingan round robin bagi acara floorball yang berakhir sebentar tadi. (11 Jun).


Dalam suku pertama sahaja, Singapura menjaringkan empat gol didahului Syazni Ramlee pada minit ketiga diikuti oleh Amshar Amin pada minit ke-11 serta Jenmark Sorreda pada minit ke-18.


Namun pasukan Filipina berjaya membalas dengan jaringan gol mereka sendiri pada minit ke-19 oleh Mark Polo, namun Syazni bertindak cepat dengan jaringan gol seminit sebelum suku pertama selesai.


Syazni, 24 tahun yang juga merupakan kapten pasukan Singapura, telah menjaringkan sebanyak empat gol dalam ketiga-tiga suku untuk pasukan Singapura.


"Ini permainan berpasukan, oleh itu kesemua jaringan gol itu adalah kerana kerja keras anggota pasukan saya," ujar Syazni.


Beliau berkata walaupun mereka tidak bermula dengan baik namun secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan aksi pasukannya.


"Saya bangga dengan pasukan ini kerana walaupun setelah wisel ditiup pada akhir perlawanan, mereka masih bersemangat untuk mengejar bola. Mereka juga tidak berputus asa walaupun melakukan beberapa kesilapan semasa beraksi tadi," ujar beliau.


Pasukan lelaki floorball Singapura bakal menghadapi pasukan Thailand dalam perlawanan round robin, esok 4 petang di ITE College Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >