Skuad muda S'pura tewas 0-3 kepada Korea Utara dalam kelayakan Bawah 16 Tahun AFC

SKUAD muda negara menunjukkan semangat juang tinggi sebelum tunduk kepada kehandalan Korea Utara dalam Kelayakan Bawah 16 Tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang berakhir di Stadium Jalan Besar sebentar tadi (4 September).

Anak didik jurulatih V. Selvaraj mengalami kekalahan kedua apabila tewas 0-3 kepada Korea Utara yang merupakan juara bertahan kejohanan utama bagi peringkat umur ini.

Sebelum ini, para singa muda ini membuka tirai kempennya dalam Kumpulan H kelayakan ini dengan kekalahan 0-5 kepada Thailand, yang merupakan juara Bawah 16 Tahun Persekutuan Bola sepak Asean (AFF).

Bagi Korea Utara, kemenangan itu adalah yang kedua selepas membuka tirai kelayakan ini dengan membelasah Kemboja 7-0.

Satu lagi perlawanan awal tadi menyaksikan Thailand mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan Kemboja 1-0.

Singapura akan menamatkan kempen kelayakan ini dengan menentang Kemboja pada Ahad ini. Korea Utara pula akan berentap dengan Thailand dalam perlawanan awal bagi menentukan juara kumpulan.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.