Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad Singa sedar akan saingan hebat Thai

Jun 08, 2019 | 01:40 PM



MEREKA berjaya menewaskan pasukan Filipina 3-0 dalam perlawanan sebelum ini, namun pemain negara sedar akan saingan lebih hebat yang menanti mereka Ahad ini semasa menentang Thailand dalam peringkat akhir Piala Merlion.



Dalam sidang media yang diadakan semalam, jurulatih skuad Fandi Ahmad berkata permainan pasukan Thailand dalam mengalahkan Indonesia lebih tinggi intensitinya dan menekankan pentingnya pasukan beliau bekerjasama dengan lebih baik. 



Beliau berkata demikian selepas Singapura menewaskan Filipina pada hari pembukaan perlawanan bawah-22 tahun itu di Stadium Jalan Besar semalam. 



Tambahnya: “Apabila kami berasa tertekan, bola akan ditendang jauh daripada gol sendiri secara tidak perlu. Kami sepatutnya lebih tenang. Hari ini, kami mempunyai tiga belia yang menunjukkan prestasi yang agak baik, namun saya dapat lihat mereka sedikit gementar. 



“Kami dapat mewujudkan peluang dan ini kekuatan kami, namun dari segi pertahanan, pemain perlukan kerjasama lebih baik dan ini perlu diperbaiki.” 



Peringkat akhir Piala Merlion akan berlangsung esok 7.30 malam di Stadium Jalan Besar, selepas perlawanan yang menentukan tempat ketiga antara Indonesia dan Filipina pada 4.30 petang. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >