Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK 2020

Skuad sofbol Australia tiba di Tokyo sedang vaksinasi Covid-19 Jepun masih perlahan

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Skuad sofbol Australia tiba di Tokyo untuk kem pra-Sukan Olimpik kelmarin, menjadikan mereka pasukan nasional pertama menjalani latihan di Jepun sejak temasya sukan itu ditunda meskipun majoriti rakyat Jepun menentang penganjuran acara tersebut disebabkan Covid-19.



Jepun sedang melawan gelombang keempat jangkitan Covid-19 - lapan minggu sebelum Sukan Olimpik 2020 dijadual bermula - dengan 10 wilayah, termasuk Tokyo, berada di bawah keadaan darurat hingga 20 Jun.



Di samping itu, program vaksinasi di negara itu masih perlahan.



Seorang jurucakap pemerintah mengatakan vaksinasi di tempat kerja dan universiti akan bermula pada 21 Jun untuk mempercepat program suntikan vaksin negara.



Hanya sekitar 3 peratus penduduk Jepun telah mengambil vaksin penuh bagi Covid-19.



Kelmarin, vaksinasi bagi atlet Jepun yang bertanding di Sukan Olimpik dimulakan.



Skuad sofbol Australia akan menjalani kem selama 47 hari di tengah bandar Ota, kira-kira 80 kilometer ke barat laut Tokyo.



Semua anggota delegasi itu telah mengambil vaksin dan dijangka menjalani ujian koronavirus itu setiap hari sepanjang berada di Jepun, kata seorang pegawai Ota, bandar perindustrian dengan penduduk sekitar 220,000 orang.



Agensi berita Kyodo mengatakan semua anggota skuad itu diuji negatif bagi virus Covid-19 sejurus selepas tiba di Tokyo.



Anggota skuad itu, yang dilihat memakai pelitup dan kemeja-T hijau, melambai-lambai kepada media setelah melepasi kastam dan kemudian menaiki bas untuk perjalanan selama tiga jam ke Ota.



Tiga tingkat di hotel yang diinapi mereka dikhususkan untuk penggunaan skuad itu supaya dapat mengurangkan kontak dengan tetamu lain, kata media.



Australia memenangi pingat di setiap daripada empat pertandingan sofbol Sukan Olimpik, membawa pulang pingat gangsa pada 1996, 2000 dan 2008 dan pingat perak pada 2004.



Mereka akan berdepan tuan rumah Jepun, yang memenangi pingat emas pada 2008, dalam perlawanan pembukaan pada 21 Julai - dua hari sebelum majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >