SUKAN ASIA INDONESIA

Skuad takraw menang pingat gangsa kedua

SKUAD sepak takraw memenangi pingat gangsa kedua di temasya Sukan Asia Indonesia ini semalam - satu peningkatan daripada Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu apabila mereka membawa pulang hanya sebutir gangsa.

Semalam di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, pasukan bimbingan jurulatih nasional Padzli Othman tewas kepada pasukan tuan rumah, Indonesia 8-21, 12-21 dalam pertarungan separuh akhir acara Quadrant (empat lawan empat) yang julung-julung kali diperkenalkan dalam sejarah Sukan Asia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan