PASUKAN ragbi wanita nasional meneruskan usaha meningkatkan persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Singapura Jun depan dengan menyertai pertandingan Tujuh Sepasuk Antarabangsa Bangkok yang dijadual berlangsung hari ini hingga esok.
Pasukan Singapura yang diketuai kapten Samantha Teo berlepas ke Bangkok semalam dalam persiapan terakhir penutup tahun ini sebelum menghadapi Sukan SEA 2015 di Hab Sukan Singapura.