Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuasy nasional: Pilihan utama lelaki, wanita menang

Dec 05, 2020 | 09:22 PM



KEJOHANAN Skuasy Nasional Marigold 2020 melabuh tirai pada Sabtu (5 Disember) dengan pilihan utama Samuel Kang (bahagian lelaki) dan Au Yeong Wai Yhann (bahagian wanita) kedua-duanya meraih gelaran juara kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.

Namun mereka tidak mendapati kemenangan mudah dengan masing-masing terpaksa menghadapi tentangan hebat daripada lawan masing-masing, Marcus Phua dan Gracia Chua.

Kededua pemain itu memenangi perlawanan tanpa kalah set  namun ia tidak benar-benar menggambarkan saingan sengit yang berlaku dalam perlawanan.

Au Yeong Wai Yhann, 21 tahun, berjaya menangani persaingan yang bersemangat oleh pemain muda Gracia Chua.

 Pada usia 14 tahun, Chua pasti boleh gembira  dengan prestasinya apabila beliau memanfaatkan permulaan yang kurang mantap daripada  juara bertahan semasa awal permainan.

Sementara itu, pilihan utama bahagian lelaki, Samuel Kang menghentikan prestasi baik pemain pilihan kelima, Marcus Phua, sebelum ini dalam pertandingan itu.

Phua memulakan perlawanan dengan baik dan pantas, namun ia memberi kesan kepadanya dari segi fizikal dan  akhirnya tewas.



KEPUTUSAN (SEMUA 

PERLAWANAN AKHIR)



LELAKI: 

Samuel Kang tewaskan Marcus Phua 11-6, 11-4, 17-15 (45 minit);



WANITA:

Au Yeong Wai Yhann tewaskan Gracia Chua 11-7, 11-0, 13-11 (22 minit)



LELAKI BAWAH 19 TAHUN:

Jerome Aw tewaskan  Zacheus Yeo 11-6, 11-2, 11-4



WANITA BAWAH  19 TAHUN:

Gracia Chua tewaskan Au Yeong Wai Iynn 11-9, 11-6, 11-6 (28 minit)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >