MANCHESTER: Pemain pertahanan Manchester United, Chris Smalling, berkata bahawa pengurus pasukan, Louis van Gaal, akhirnya telah menemui "formula kemenangan" menjelang pertemuan dengan Newcastle United dalam satu pertarungan Liga Perdana England (EPL) di Old Trafford hari ini (7.45 malam waktu Singapura).
Van Gaal kerap menukar kesebelasan utamanya semasa mula bertugas di United awal musim lalu dan terpaksa menanti sehingga perlawanan keempatnya sebelum mencatatkan kemenangan sulung pasukan itu.