Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN KE SUKAN SEA: SILAT

SNOC lulus rayuan Persisi bawa skuad penuh ke Hanoi

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) menerima berita baik petang semalam apabila hasrat mereka menyertakan skuad penuh seramai 21 atlet ke Sukan SEA Hanoi Mei ini mendapat restu Majlis Sukan Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



Berita tersebut disampaikan kepada Ketua Eksekutif Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, oleh jurucakap SNOC selepas panel rayuan majlis sukan setempat itu meluluskan permohonan persatuan-persatuan sukan bagi penyertaan atlet mereka ke temasya dwitahunan itu.



Kelulusan itu bermakna kesemua 21 pesilat dalam skuad negara kini akan tampil dalam semua 16 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Ke-31 yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.



Melahirkan kegembiraannya kepada Berita Harian selepas menerima berita baik itu, Sheik Alau'ddin berkata:



"Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur hasrat Persisi membawa dan menyertakan semua pesilat kami menjadi kenyataan.



"Saya amat berterima kasih kepada SportSG (Sport Singapore) dan SNOC kerana menimbangkan dan meluluskan rayuan kami. Saya berasa sangat gembira dan akan mengongsi berita baik ini kepada atlet kami malam ini (semalam)."



Dalam senarai awal yang dikeluarkannya pada 16 Februari lalu, SNOC hanya menamakan juara dunia, Muhammad Iqbal Abdul Rahman Iqbal; juara dunia, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin; dan Abdul Raazaq Abdul Rashid, pemenang pingat gangsa Kejohanan Pencak Silat Asia 2019, dalam senarai pesilat yang akan dibawa ke ibu kota Vietnam itu.



Menurut Sheik, penyertaan kesemua atletnya dalam temasya kali ini wajar berdasarkan pencapaian terkini mereka.



Ini menyusuli kejayaan skuad negara membolot 25 pingat - 11 emas, sembilan perak dan lima gangsa - dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) yang berlangsung di sini dari 25 hingga 27 Februari lalu.



"Bagi Sukan SEA Hanoi, kami meletakkan harapan memenangi sekurang- kurangnya empat pingat emas menerusi Sheik Farhan; juara dunia, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin; Muhammad Iqbal dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Muhammad Hazim Mohd Yusli," jelas Sheik Alau'ddin, yang turut bertindak sebagai ketua jurulatih pasukan.



Beliau turut melahirkan harapan tiga lagi juara dunia dan pemegang Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa spex) seperti Muhammad Syakir Jeffry, Nurul Suhaila Mohd Saiful dan Siti Khadijah Mohd Shahrem dapat memenangi pingat emas.



Menurut Sheik Alau'ddin lagi, beliau turut menjangka pasukan pesilat negara memenangi tiga lagi pingat perak dan enam gangsa di Hanoi.



Cabaran yang dihadapi Persisi sekarang, tambah beliau, adalah menonjolkan muka baru berbakat bagi menggantikan atlet yang sudah berundur.



"Saya yakin atlet baru kami mampu memberikan persembahan terbaik. Ada di antara mereka yang menunjukkan persembahan cemerlang dalam Kejohanan Pencak Silat SEA lalu. Seperkara lagi adalah persediaan pesilat menggunakan sepenuhnya perubahan teknik dan peraturan dalam kategori tanding yang diluluskan Februari lalu dan dipertandingkan buat julung-julung kali dalam Kejohanan Pencak Silat SEA lalu.Siapa yang dapat menguasai perubahan teknik ini, yang antara tujuannya menjadikan pertandingan silat lebih menarik, mempunyai peluang cerah menang," ujar beliau.




SKUAD PENUH PESILAT NEGARA KE SUKAN SEA HANOI



ACARA TANDING



1. Aniq Asri Mohd Yazid - Lelaki Kelas B (50-55kg)



2. Muhammad Hazim Mohd Yusli - Lelaki C (55-60kg)



3. Muhammad Riansyauqi Mistam - Lelaki D (60-65kg)



4. Abdul Raazaq Abdul Rashid - Lelaki F (70-75kg)



5. Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin - Lelaki G (75 - 80kg)



6. Muhammad Syakir Jeffry - Lelaki H (80 - 85kg)



7. Sheik Farhan Sheik Alau'ddin - Lelaki J (90 - 95kg)



8. Muhamad Rizuan Muhamad Razak - Terbuka Lelaki 1 (95 - 110kg)



9. Nurul Suhaila Mohd Saiful - Wanita E (65 - 70kg)



10. Siti Khadijah Mohd Shahrem - Wanita F (70 - 75kg)



SENI



11. Muhammad Iqbal Abdul Rahman - Seni Lelaki Tunggal & Regu



12. Muhammad Haziq Mohd Zaque - Seni Ganda Lelaki



13. Muhammad Hazim Mohd Zaque - Seni Ganda Lelaki



14. Muhammad Nazrul Mohd Kamal - Seni Lelaki Regu



15. Muhammadinil Mustafar Mohd Isa - Seni Lelaki Regu



16. Siti Nazurah Mohd Yusoff - Seni Tunggal Wanita



17. Nur Azlyana Ismail - Seni Ganda Wanita



18. Sharifah Shazza Samsuri - Seni Ganda Wanita



19. Iffah Batrisyia Noh - Seni Ragu Wanita



20. Amirah Binte Sahrin - Seni Regu Wanita



21. Nur Ashikin Zulkifli - Seni Regu Wanita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >