KORONAVIRUS DAN SUKAN
SNOC pantau perkembangan Tokyo 2020, tidak nyatakan sokong penangguhan
Mar 24, 2020 | 05:30 AM
MAJLIS Olimpik Nasional Singapura (SNOC) berkata semalam ia sedang memantau "dengan sangat teliti" perkembangan terkini tentang kemungkinan Sukan Olimpik Tokyo ditangguh disebabkan koronavirus Covid-19.
Namun, ia tidak menyatakan sama ada ia menyokong gesaan beberapa jawatankuasa nasional - seperti Canada dan Australia - agar ditangguh temasya sukan itu, yang dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos, ke tahun depan.