Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AS sokong atlet 'berkecuali' dari Russia sertai Sukan Olimpik Paris

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (Usopc) menyokong tindakan membolehkan atlet dari Russia dan Belarus menyertai Olimpik Paris 2024, jika mereka bertanding tanpa mewakili negara masing-masing, kata pegawainya.



Pegawai Amerika berkata ada hasrat sebulat suara dalam kalangan peserta ke sidang puncak Jawatakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengadakan laluan bagi atlet dari Russia dan Belarus kembali bertanding.



Kededua negara itu disisihkan daripada sukan antarabangsa sejak Russia menyerang Ukraine Februari lalu.



Namun, pengerusi Usopc Susanne Lyons berkata tindakan tersebut mengancam kewujudan pergerakan Olimpik kerana atlet tidak diberi peluang bertanding secara persendirian.



"Ada banyak perbincangan mengenai apakah atlet yang dilahirkan di Russia dan Belarus dan mempunyai pasport negara itu boleh bertanding sebagai atlet berkecuali," kata Lyons.



"Saya rasa ada keinginan jelas supaya perkara itu berlaku kerana tujuan kami ialah menyatukan dunia secara aman menerusi sukan.



"Menyekat atlet daripada bertanding adalah satu langkah yang sukar dibenarkan oleh pergerakan Olimpik."



Sidang puncak Olimpik minggu lalu itu melibatkan peserta daripada pergerakan Olimpik serta wakil lain daripada Jawatankuasa Olimpik Amerika, China dan Russia.



Tiada wakil Olimpik Ukraine hadir.



Lyons berkata pegawai Olimpik mahu atlet Russia dan Belarus kembali berpeluang bertanding secara tidak berpihak supaya perbuatan boikot pada tahun 1970-an dan 1980-an tidak berulang.



Beliau berkata konflik berlaku di serata dunia setiap hari dan negara-negara sentiasa berperang dengan satu sama lain.



Bersifat dendam atau saling membalas dendam akan meruntuhkan pendirian pergerakan Olimpik dan Paralimpik, kata Lyons.



Di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China tahun ini, atlet Russia dibenarkan bertanding hanya di bawah bendera Jawatankuasa Olimpik Russia disebabkan skandal dadah yang membelenggu badan sukan utama Russia.



Namun, ramai atlet dari Russia bertanding dalam pakaian yang menunjukkan warna bendera Russia.



Lyons berkata pada masa depan, pegawai Olimpik hanya akan membenarkan atlet Russia bertanding jika mereka memakai pakaian tidak berpihak.



"Kali ini, kami bersetuju peraturan lebih ketat berhubung perkara ini perlu dikuatkuasakan," kata Lyons, yang menambah bahawa pegawai Olimpik juga sedang meneroka cara mengenal pasti atlet yang tidak menyokong tindakan Russia menyerang Ukraine. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >