IA ibarat "satu perkahwinan yang mengujakan".
Itulah kata-kata Presiden Wilayah dan Pengarah Urusan Olimpik Istimewa (SO) Asia-Pasifik, Angelina Ong, sempena terbentuknya kerjasama selama tiga tahun dengan syarikat FWD Insurance bagi menyokong pelbagai program memperkasa golongan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas yang bukan sahaja di Singapura, malah di rantau Asia, termasuk Hongkong, Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.