Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Solskjaer dambakan trofi pertama sebagai pengurus tetap Man U

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer telah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendambakan trofi pertama sebagai pengurus Manchester United tetap, turut berkata kejuaraan dan trofi tidak semestinya mencerminkan perkembangan sebenar pasukannya.



Bercakap kepada wartawan selepas United disingkir dari Piala FA oleh Leicester kelmarin, Solskjaer berkata setiap pengurus di United akan dinilai mengikut trofi yang dimenanginya.



"Ia bukan sesuatu yang diselindungi... setiap pengurus di sini dan pemain yang menyandang jersi pasukan perlu mahu menang trofi," ujar Solskjaer.



Pada masa ini, almari trofi United di bawah kepimpinan Solskjaer masih kosong.



Dua pengurus yang memimpin United sebelum ini, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho, juga dipecat, meskipun mereka membimbing pasukan memenangi trofi.



Morinho memenangi trofi terakhir buat United pada 2017, apabila ia memimpin kelab itu menjuarai Liga Europa.



Berdasarkan realiti itu, beberapa pemerhati bola sepak telah meramalkan Solskjaer akan dipecat tidak lama lagi.



Bekas pemain Liverpool, Danny Murphy, berkata realiti itu akan muncul, dan bukan satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya.



Bekas pemain United dan tunggak pasukan yang memenangi 'Treble' pada 1999, Gary Neville, pula berkata:



"Saya begitu hampa pada masa ini (selepas United tewas kepada Leicester).



"Bagi saya, Piala FA adalah satu pertandingan yang boleh kita tandingi musim ini."



Kekalahan 1-3 kepada Leicester di suku akhir Piala FA di Stadium King Power adalah yang kelima United tewas di peringkat lanjut sesebuah pertandingan penting.



Jika mara ke separuh akhir, United akan berdepan dengan Southampton - pasukan yang kini mempunyai form hambar dan selanjutnya mara ke final di mana ia boleh berjumpa dengan Chelsea atau Manchester City.



Namun peluang ini kini telah lenyap.



Sebaliknya, adalah satu realiti, Solsksjaer dan United telah menandingi dan tewas dalam empat separuh akhir.



Ia tewas dalam separuh akhir Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.



Pada musim sebelumnya, ia tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.



Musim ini, meskipun Solskjaer dan United berada di tangga kedua dalam liga, jurang antaranya dengan pendahulu Manchester City dianggap terlalu besar untuk dikejar.



City, yang mempunyai 71 mata dan mendahului United dengan kelebihan 14 mata, hanya perlu memenangi empat daripada baki lapan perlawanan untuk menjamin kejuaraan liga.



Ini bermakna, satu-satunya trofi yang masih boleh dimenangi United musim ini adalah trofi Liga Europa.



United dijadualkan bertemu dengan pasukan kerdil Granada di suku akhir pada 9 April nanti.



Namun, perjalanannya menjadi sukar selepas itu.



Jika menang di suku akhir, ia akan berdepan dengan juara Belanda, Ajax Amsterdam, atau bekas juara Italy, AS Roma, di separuh akhir.



Kededua lawan berupaya menewaskan United dan kemenangan bukan sesuatu yang pasti.



Malah, kedudukan United dalam Liga Europa musim ini juga berlaku selepas ia tersingkir dari Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan, menyusuli kekalahan mengaibkan kepada RB Leipzig.



Neville berkata:



"Tentu sekali meraih tempat kedua dalam liga menjadi keutamaan pasukan di permulaan musim, tetapi memenangi trofi adalah satu keutamaan juga dan pada masa ini, mereka hanya berpeluang berbuat demikian dalam Liga Europa.



"Saya benar-benar percaya Solskjaer dan pemainnya perlu memenangi trofi musim ini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >