Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer, Guardiola saling hadapi tekanan

Kededua pasukan tidak mampu tercicir mata
Nov 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United menerima kunjungan Manchester City ke Old Trafford malam ini dengan kededua pasukan tidak mampu tercicir mata, tetapi bagi sebab-sebab yang agak berbeza.



Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer sedang dibebani tekanan bertambah dari penyokong sendiri untuk meletak jawatan, sejak United kalah teruk kepada Liverpool bulan lalu.



Namun, menyusuli perlawanan itu, beliau telah berjaya melanjutkan tempohnya sebagai pengurus dengan kemenangan menyakinkan ke atas Tottenham Hotspurs dalam Liga Perdana England (EPL) dan kejayaan United untuk terus kekal di puncak tangga kumpulan dalam Liga Juara-Juara Eropah.



Bercakap kepada wartawan pada awal minggu, Solskjaer berkata beliau tidak hiraukan kritikan yang dilontar ke arahnya kerana pengkritik sekadar melaksanakan tugas masing-masing.



"Biarlah mereka kata apa yang mereka harus katakan. Ia bukan satu masalah bagi saya," kata beliau.



Rakan sejawatan di City Pep Guardiola perlu tiga mata maksimum dalam perlawanan ini selepas pasukannya tewas mengejut kepada Crystal Palace dalam perlawanan terakhir.



City, yang menduduki tangga ketiga dalam liga, kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Chelsea, dan dua mata di belakang Liverpool.



Namun, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan kededua pasukan kebelakangan ini, City dijangka mempunyai kelebihan berbanding United dan berpeluang baik untuk membawa pulang mata maksimum daripada perlawanan ini.



Anak didik Guardiola bermain sebagai satu unit dan mengasak benteng Palace bertubi-tubi semasa ia kalah 0-2, dan walaupun ia kurang satu pemain selepas Aymeric Laporte dibuang padang sejurus sebelum waktu rehat.



Namun, pemain barisan depan City gagal menemui sasaran dan nasib tidak menyebelahi mereka.



Akhirnya, Palace berjaya mempertahankan kelebihan satu gol awal yang dijaringkan Wilfried Zaha pada minit keenam dan menggandakan jaringan di penghujung perlawanan menerusi serangan balas.



Ditanya oleh wartawan tentang perlawanan dengan United sejurus sebelum pasukannya bertemu Brugge dalam Liga Juara-Juara di awal minggu, Guardiola berkata:



"Saya tidak terlalu memikirkan perlawanan itu. Pada masa ini, perlawanan dengan Brugge lebih penting daripada perlawanan dengan United."



City menguasai seluruh permainan dengan pasukan dari Belgium itu dan memenangi perlawanan 4-1.



Sebaliknya, United, walaupun berjaya menewaskan Spurs 0-3 di tempat lawan tidak menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.



Malah, ia terkial-kial untuk mencipta peluang gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara dengan Atalanta, dan terpaksa bergantung kepada Cristiano Ronaldo untuk menjaringkan dua gol - termasuk dalam masa kecederaan - untuk mengikat pasukan Serie A itu 2-2.



Selepas perlawanan itu, beberapa juruanalisis bola sepak berkata Solskjaer telah menunjukkan beliau tidak lagi dapat menyemarak semangat pasukan atau membuat perubahan strategi yang diperlukan bagi lawan yang berbeza.



Sekurang-kurangnya, pemain pertahanan Eric Bailly yang bermain dengan baik dalam perlawanan itu dijangka diturunkan bagi perlawanan dengan City selepas Raphael Varane mengalami kecederaan peha jangka panjang dalam perlawanan Liga Juara-Juara.



Pemain yang berasal dari Ivory Coast itu telah mengalami beberapa masalah kecederaan jangka panjang dan tidak banyak peluang beraksi sejak menyertai United dua musim lalu.



"Saya berasa hebat kerana diberi peluang untuk beraksi dan kini, saya hanya ingin merebut sebarang peluang yang diberikan untuk terus memberi sumbangan kepada pasukan," ujar beliau. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >