Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer kecewa Man Utd terus cicir mata

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Usaha Manchester United mengejar gelaran Liga Perdana England semakin sukar apabila seri 1-1 berdepan pasukan bergelut, West Brom.



United mencicirkan mata dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir mereka yang membolehkan Manchester City mencipta jurang tujuh mata dalam liga bersama satu perlawanan dalam tangan.



Satu mata cukup meletakkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kembali di atas Leicester di kedudukan kedua menerusi perbezaan gol.



Skuad kendalian Sam Allardyce memiliki peluang lebih baik untuk menang perlawanan berkenaan yang menambah peluang mereka mengelak penyingkiran.



United melakukan permulaan terburuk apabila Conor Gallagher menghantar bola lintang yang disudahkan menerusi tandukan Mbaye Diagne selepas mengatasi Victor Lindelof dalam tempoh hanya 80 saat.



"Kami memberikan diri kami sendiri permulaan yang sukar," kata Solskjaer dengan skuadnya ketinggalan dalam lapan daripada 12 perlawanan di tempat lawan musim ini.



"Anda ada 90 minit untuk membalas kesilapan itu dan tidak perlu panik tetapi saya rasa kami tidak membina rentak itu hingga lewat babak pertama.



"Babak pertama kami menguasai tetapi ada beberapa ketika kami boleh tewas perlawanan itu."



Sementara itu pemain Manchester United, Harry Maguire berang United dilayan lebih keras oleh pengadil sejak komen Jurgen Klopp mengenai penalti pada Januari dengan mendakwa dia dinafikan penalti yang 'jelas' ketika berdepan West Brom.



"Sejak orang daripada pasukan lain bercakap mengenai kami, kami tidak dapat apa-apa, langsung tiada," kata Maguire.



Pemain England itu merujuk kepada temubual diberikan Klopp selepas Liverpool tewas 1-0 kepada Southampton pada Januari apabila bos Reds itu menegaskan Sadio Mane sepatutnya diberikan penalti.



"Saya sangat yakin ia adalah penalti," kata kapten United itu.



"Saya tidak faham kenapa dia (pengadil) dihantar untuk melihat paparan di monitor.



"Saya berada di bahagian gol dan saya rasakan ada sentuhan di bahu saya, dia menarik saya ke belakang."



Sementara itu Arsenal mencatat kemenangan selesa ke atas Leeds United dalam aksi di laman sendiri semalam, dengan keputusan 4 - 2.



Pierre Emerick Aubameyang muncul wira apabila menjaringkan hatrik.



Jaringan Aubameyang masing-masing diledak pada minit ke-13, 41 dan 47.



Pelawat bagaimanapun bangkit pada babak kedua.



Dua gol dijaringkan pada minit ke-58 oleh Pascal Struijk dan Hélder Costa minit ke-69, sedikit membimbangkan tuan rumah.



Namun kedudukan 4 - 2 kekal sehingga akhir permainan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >