Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Solskjaer sertai Klopp ngadu mengenai pengadil

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (gambar atas), telah menyertai Jurgen Klopp untuk mengadu mengenai cara pengadil menafsir peraturan baru musim ini.



Peraturan telah dilonggarkan untuk musim baru, dengan para pegawai perlawanan tidak lagi menghukum "hal-hal remeh".



Bos Liverpool itu sebelum ini berkata "ia seperti kita akan mundur 10 hingga 15 tahun".



Menyusuli seri 1-1 Manchester United dengan Southampton kelmarin, Solskjaer bersetuju dengan mengatakan permainan telah berubah "dari satu ekstrem ke yang lain".



"Jika itu adalah cara yang kita mahu ambil, kita akan dapat kecederaan," kata jurulatih asal Norway itu. "Mudah-mudahan kita dapat capai jalan tengah."



Solskjaer kecewa apabila pengadil Craig Pawson tidak memberikan sepakan percuma kerana kekasaran terhadap Bruno Fernandes yang memberikan Southampton gol pembukaan hasil jaringan sendiri Fred.



Fernandes dilayangkan kad kuning kerana memprotes.



Solskjaer menambah:



"Seperti dikatakan, ia adalah kekasaran. Dia terus meluru kepada Bruno, pinggulnya dan dengan tangannya menghalang.



"Saya tidak bimbang tetapi kita perlu melihatnya kerana kita tidak boleh pergi daripada aksi seperti bola tampar atau bola keranjang dari tahun lalu kepada ragbi ketika ini.



"Saya suka cara yang lebih lembut, ia lebih kepada bola sepak lelaki tapi ia masih satu kekasaran." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >