MOSCOW: Bintang Korea Selatan, Son Heung-min, menyumbat gol kelimanya dalam lima perlawanan bagi Tottenham Hotspur semasa membantu kelab England itu menewaskan CSKA Moscow dalam pertarungan Kumpulan E Liga Juara-Juara di sini dinihari semalam.
Sekalipun hilang lima tunggak pasukan, pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, masih berupaya menamakan kesebelasan yang gagah bagi pertarungan buat julung-julung kalinya di ibu kota Russia itu.