BOLA SEPAK: PEMINDAHAN PEMAIN
Spekulasi Dybala, Lukaku bertukar kelab
Laporan menyatakan dua pemain Juventus, United itu terlibat dalam satu perjanjian pertukaran
Aug 01, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Ejen penyerang Juventus, Paulo Dybala, kini di London untuk berbincang dengan kelab England, Manchester United, tentang satu perjanjian pertukaran pemain itu dengan Romelu Lukaku, menurut laman Sky di Italy.
Masa depan Dybala menjadi perbualan dan spekulasi dengan United dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain asal Argentina itu.