Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SPL akan dilanjutkan lebih seminggu

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



LIGA Perdana Singapura (SPL) musim ini akan dilanjutkan lebih seminggu kepada 10 Oktober selepas dua kes Covid-19 dikesan dalam kalangan pemain Balestier Khalsa dan Geylang International.



Ini bermakna perlawanan yang melibatkan kededua kelab itu terpaksa dianjak ke tarikh lebih lanjut, sementara sesi latihan mereka pula digantung 10 hari bagi tujuan pengasingan diri.



Dalam kenyataannya semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata perkembangan itu bermakna tarikh akhir musim ini telah dianjak dari 2 Oktober kepada 10 Oktober, dengan empat perlawanan terakhir dimainkan pada hari tersebut.



"Langkah ini wajar untuk memastikan protokol yang diperlukan dilaksana sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua pemain, pegawai dan staf liga," kata FAS.



Ia juga berkata pelan susulan telah dilaksana untuk membenarkan musim ini dilengkapkan dan memboleh kan pasukan nasional bawah 22 tahun membuat persiapan bagi Piala Asia Bawah 23 tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung dari 21 Oktober hingga 31 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >