Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

SportSG umum kerjasama tiga tahun dengan Bayern Munich

Mar 26, 2019 | 05:30 AM



AGENSI sukan nasional, Sport Singapore (SportSG) kelmarin mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bersama kelab gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich.



Menurut akhbar The Straits Times, kerjasama itu bakal melihat SportSG bekerjasama dengan Bayern Munich untuk menganjurkan Piala Belia FC Bayern - satu siri pertandingan antarabangsa untuk belia - serta peluang bagi jurulatih tempatan untuk mengikuti program pertukaran dan pendidikan di luar negara.



Pengumuman itu dibuat secara rasmi ketika perlawanan akhir Piala Belia FC Bayern Singapura 2019 di Stadium Jurong East, yang turut dihadiri bekas bintang kelab itu, Klaus Augenthaler.



Augenthaler, 61 tahun, akan membantu memilih seramai 16 pemain yang mungkin dapat mewakili negara dalam Final Piala Belia Bayern di Munich pada Mei nanti.



Namun, hanya 10 pemain akan dipilih untuk membentuk skuad terakhir.



Ahli lembaga pengarah Bayern, Joerg Wacker, berkata kelab tersebut dapat merasakan sendiri semangat yang ditonjolkan pemain Singapura apabila pasukan utama Bayern mengambil bahagian dalam perlawanan pramusim kejohanan Piala Juara-Juara di sini pada Julai 2017.



"Dalam jangka masa dua tahun yang lalu, kami merasakan kami berkongsi wawasan yang sama terhadap bola sepak dan kami bangga untuk memperluaskan usaha kami dengan SportSG," katanya.



"FC Bayern komited dalam memberi sumbangan positif dan terperinci kepada pembangunan bola sepak belia di Singapura."



Ketua Pegawai Eksekutif SportSG, Lim Teck Yin, pula berkata:



"Kami sangat gembira mempunyai sebuah pasukan terkenal dunia, FC Bayern, sebagai rakan kongsi jangka panjang bagi memperkukuhkan program sedia ada kami.



"Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada mereka dengan rekod panjang mereka dalam membangunkan pemain hebat.



"Kepakaran mereka dapat membantu memberi inspirasi kepada bakat muda sambil menggalakkan lebih ramai pemain untuk berlatih dengan serius dan saya harap kami akan melihat minat yang meningkat dalam sukan untuk beberapa tahun mendatang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >