Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak Persahabatan

S'pura 2-0 Fiji: Fandi raih kemenangan pertama sebagai jurulatih nasional

Sep 11, 2018 | 09:53 PM



Pasukan bola sepak nasional menewaskan Fiji 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bishan pada Selasa (11 September), memberi kemenangan sulung kepada Fandi Ahmad dalam perlawanan keduanya sebagai jurulatih.



Hariss Harun membuka tirai jaringan pada minit ke-12, sebelum Ikhsan Fandi menjaringkan gol kedua selang seminit kemudian.



Gol itu juga adalah gol kedua dalam dua perlawanan berturut-turut, yang dijaringkan Ikhsan, selepas pemain Young Lions itu membuka tirai jaringan peribadi di peringkat antarabangsa dalam pertemuan dengan Mauritius Jumaat lalu.



Perlawanan itu berkesudahan 1-1.



Keputusan yang diraih daripada kededua perlawanan ini dijangka menjadi bak perangsang bagi pasukan nasional yang akan memulakan kempen Piala Suzuki November ini.



Mauritius menduduki 14 tangga di atas Singapura yang berada di tangga ke-169 di ranking Fifa. Fiji pula menduduki tangga ke-165.



Kemenangan itu juga adalah yang pertama dikecapi pasukan nasional sejak mengalahkan Maldives 3-2 pada Mac lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >