Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S'pura bakal tuan rumah Sidang Jurulatih Global ke-14 pada 2023

Oct 26, 2021 | 04:52 PM



SINGAPURA akan mengalu-alukan kedatangan sekumpulan jurulatih sukan terhandal dunia selepas ia dipilih pada Selasa (26 Oktober) sebagai tuan rumah Sidang Jurulatih Global (GCC) Majlis Antarabangsa Kecemerlangan Latihan Jurulatih.



Acara dwitahunan ini akan berlangsung pada 2023.



Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, membuat pengumuman tersebut di dalam ucapan pembukaan bagi persidangan akademi jurulatih, Sidang CoachSG tahunan di Auditorium Sport Singapore di Hab Sukan.



Menyifatkan acara dwitahunan GCC itu sebagai "sidang jurulatih sedunia paling berprestij', Encik Tong menambah: "Ini benar-benar satu penghormatan dan keistimewaan besar serta peristiwa penting bagi CoachSG - pertubuhan yang baru berusia lima tahun.



"Saya secara ikhlas berterima kasih kepada Majlis Antarabangsa bagi Kecemerlangan Jurulatih kerana memilih Singapura sebagai kota tuan rumah bagi edisi 2023 GCC.



"Ia adalah peluang yang jarang dan amat dihargai dengan masyarakat jurulatih diberi jaminan bahawa kita akan sekali lagi memberi yang terbaik dan menampilkan nilai dan sumbangan kita kepada sektor sukan dan bimbingan jurulatih."



GCC dianggap sebagai acara yang menyatukan jurulatih, pendidik jurulatih, pengkaji, saintis sukan, pengarah teknikal dan pentadbir sukan agar mengemukakan isu dalam bimbingan jurulatih dan pelantar di mana pakar terbilang dunia boleh berkongsi pengalaman.



Edisi ke-13 GCC akan diadakan antara 17 hingga 21 November di Lisbon. Ia kali pertama diadakan di Israel pada 1997 dan dua lagi kota Asia pernah menjadi tuan rumah - Beijing (2007) dan Tokyo (2019).



Encik Tong menambah dianugerahi hak bagi GCC adalah satu lagi pencapaian CoachSG yang menikmati peningkatan dalam pengiktirafan global dan penyerlahan kerjanya dalam beberapa tahun terkini, sebagaimana terbukti dengan undangan membuat penyampaian di pelbagai sidang dan simposium antarabangsa.



CoachSG dilancarkan pada 2017 sebagai akademi jurulatih di semua peringkat dengan matlamat memperkukuh dan menyokong pembangunan keupayaan profesional dan piawaian dalam proses bimbingan jurulatih di Singapura



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >